Tuesday, November 17, 2015

Contohi mereka yang berjaya – belajar daripada mereka

Esei 82

....langkah pertama dalam merangsang diri ke arah kejayaan adalah dengan berjumpa dan bercakap dengan orang lain. Dalam kehidupan ini, ia adalah siapa yang kita jumpa dan siapa yang kita kenal, yang akan diambil kira. Jika kita boleh terus berjumpa mentor dan bertanyakan bagaimana mereka berjaya, mungkin kita boleh menggunakan idea dan kaedah-kaedah mereka yang mungkin sangat berguna untuk kita juga.
 
Oleh kerana semua orang adalah berbeza, setiap orang akan mempengaruhi kita dalam satu cara yang unik dan akhirnya pengalaman ini juga akan memperkayakan kehidupan kita. Percayalah, kebanyakkan mereka yang dikagumi oleh orang-orang lain telah bermula dengan mengkagumi seseorang!  Mereka yang dihormati, yang kaya dan terkenal bermula dengan idea dan matlamat yang tinggi. Jadi lindungi aspirasi besar anda sekarang, kemudian pilih wira atau model anda dan biarkan dia memimpin anda menuju ke puncak!

a) Siapakah yang layak untuk dipanggil bijak? Dialah  yang mendapati sesuatu untuk belajar daripada setiap orang lain.
Misnan

b) Anda akan sentiasa menemui seseorang yang boleh memberitahu anda sesuatu yang anda tidak tahu sebelumnya. Terimalah ia dan hadamkan ia.
Dr Maxwell Maltz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
Ms 341-342

No comments:

Post a Comment