Showing posts with label Qasidah. Show all posts
Showing posts with label Qasidah. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Qosidah al-Muhammadiah (3)

11. Nabi Muhammad saw itu penghulu yang hebat perjalanan hidupnya. Nabi Muhammad saw itu dijadikan Allah yang Maha Pemurah dengan segala hikmat.

12. Nabi Muhammad saw itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk dan yang sebaik-baiknya. Nabi Muhammad saw itu suci dari segala tohmahan.

13. Nabi Muhammad saw itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya. Nabi Muhammad saw itu kekasih Allah dan Allah tidak pernah menzalimi.

14. Nabi Muhammad saw itu menjadi keindahan dunia dengan perutusannya. Nabi Muhammad saw itu datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah.

15. Nabi Muhammad saw itu pada hari dibangkitkan manusia nanti menjadi pemberi syafa’at kepada kita. Nabi Muhammad saw itu cahayanya menunjuki dari kegelapan.

16. Nabi Muhammad saw itu membawa risalah Allah, yang punyai keazaman yang kuat. Nabi Muhammad saw itu penutup kepada para rasul sekaliannya.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Saturday, November 28, 2015

Qosidah al-Muhammadiah (2)

6. Nabi Muhammad saw itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan. Nabi Muhammad saw itu asal tempat lahirnya nikmat-nikmat dan hikmah-hikmah.

7. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik makhluk Allah dan Mudbar. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik persuruh Allah semuanya.

8. Nabi Muhammad saw itu agamanya benar yang kita beragama dengannya. Nabi Muhammad saw itu sangat elok rupa dan peribadinya melebihi di atas bukit.

9. Nabi Muhammad saw itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita. Nabi Muhammad saw itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat.

10. Nabi Muhammad saw itu penghias dunia dan keelokannya. Nabi Muhammad saw itu pembuka kesempitan dan kegelapan.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009


Monday, November 23, 2015

Qosidah al-Muhammadiah (1)

1. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik orang Arab dan Ajam. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik orang yang berjalan.

2. Nabi Muhammad saw itu penyebar perkara ma’ruf dan berakhlak dengannya. Nabi Muhammad saw itu seorang yang memiliki ihsan dan kemuliaan.

3. Nabi Muhammad saw itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya. Nabi Muhammad saw itu adalah benar dalam kata-kata dan bicaranya.

4. Nabi Muhammad saw itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya. Nabi Muhammad saw itu mempunyai akhlak yang terpuji dan baik sifatnya.

5. Nabi Muhammad saw itu kejadiannya disertai dengan nur Nabi Muhammad saw itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Sunday, November 22, 2015

Qasidah al Mudhoriah (9)

41. Juga ke atas Sa’ad as, Sa’id bin Auf as, Tolbah as dan Abu Ubaidah as dan Zubair as. Kesemuanya adalah orang-orang yang mulia.

42, Dan Hamzah as juga al Abbas as penghulu kita dan anaknya Abdullah as dengan gelaran Hibr al Ummah yang sentiasa menjadi rujukan.

43. Dan sekalian ahli keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut baginda saw semuanya. Apa-apa yang menutupi malam akan kegelapan atau nampak waktu sahur

44. Berserta keredhaan daripadaMu ya Allah dalam kemaafan dan afiah dan sebaik-baik penghabisan jika terputus umur.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009


Thursday, November 19, 2015

Qasidah al Mudhoriah (8)

36. Dan juga ke atas Abi Hafsh al-Faruq as sahabatnya. Yang mana kata-katanya tegas dalam penghakimannya maka itulah Umar as.

37. Dan limpahilah kasih sayang kepada Uthman as yang punyai dua cahaya  yang sempurna. Padanya segala kebaikan dalam dunia dan akhirat dan mendapat kejayaan.

38. Begitulah juga Ali as bersama dua anaknya dan ibu keduanya (Fatima ra) Merekalah keluarga yang terpilih seperti mana telah datang hadith kepada kita tentangnya.

39. Begitu jugalah ke atas Khadijah al Kubra ra yang telah membelanjakan harta-hartanya untuk perjuangan rasulullah saw sehingga berjaya.

40. Dan ke atas wanita-wanita suci, isteri-isteri rasulullah saw dan begitulah juga anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki baginda saw setiap kali mereka diingati.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Tuesday, November 17, 2015

Qasidah al Mudhoriah (7)

31. Dan lunasilah hutang-hutang kami yang kerananya akhlak menjadi tercalar dan lepaskanlah kepayahan ke atas kami.. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa.

32. Dan jadikanlah Yang Maha Lembut kepada kami pada setiap perkara. Dengan kelembutan yang menyenangkan yang dengannya kesusahan akan terlepas.

33. Dengan keberkatan al-Mustafa saw rasul yang terpilih, sebaik-baik makhluk dan yang mulia. Turunlah surah-surah untuk memujinya kerana memuliakannya.

34. Kemudian selawat ke atas rasul saw yang terpilih selagi terbit matahar, siang dan selagi bersinar cahaya bulan.

35. Kemudian keredhaan ke atas Abu Bakar as khalifah penggantinya yang telah menolong agama selepas kewafatan baginda saw.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Monday, November 16, 2015

Qasidah al Mudhoriah (6)



26. Dan ampunkanlah kedua orang tua, ahli keluarga dan jiran-jiran kami Dan semua kami, wahai pelindung kami dengan keampunan yang sangat dihajatkan.

27. Dan sesungguhnya aku datang dengan dosa-dosa yang tidak terkira banyaknya Akan tetapi keampunanMu tidak meninggalkannya dan tidak membiarkannya.

28. Dan aku disibukkan dengan kesedihan atas setiap yang kuinginkannya Dan sesungguhnya dia datang dengan khudhu’ dan hati menjadi terasa kehinaan.

29. Aku mengharapkan padaMu wahai Tuhan agar Engkau rahmati kami di dunia dan akhirat.Dengan kemegahan babi saw yang kerana kedua tangannya bertasbihlah batu-batu.

30. Ya Allah! Besarkanlah ganjaran pada kami dan kurniakanlah keampunan. Sesungguhnya limpah kurniaMu umpama laut yang tidak bertepi.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Sunday, November 15, 2015

Qasidah al Mudhoriah (5)

21. Dan sebanyak bilangan gandaan apa yang telah lalu padanya bilangan. Bersama gandaan lain pada gandaan-gandaan itu wahai yang menentukan al Qadr.

22. Sepertimana yang Engkau suka dan Engkau redha wahai Pelindungku Dan sepertimana Engkau perintahkan kami untuk berselawat sedangkan Engkaulah yang mentaqdirkan.

23. Dengan salam sejahtera sepertimana sesungguhnya telah berlalu dan hitungan. Wahai Tuhanku! Gandakanlah selawat dan salam itu dan semoga kelebihan itu bertebaran.

24. Dan setiap perkara itu digandakan dengan keluasanMu dalam setiap nafas makhlukMu sama ada mereka sedikit atau banyak.

25. Wahan Tuhan! Ampunkanlah pembacanya dan pendengarnya dan sekalian muslimin di mana jua mereka berada.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Saturday, November 14, 2015

Qasidah al Mudhoriah (4)

16. Dan pada setiap kerdipan mata yang sekelian makhluk berkerdip dengannya. Sekalian penduduk langit-langit dan bumi-bumi atau yang tidak melakukanya.

17. Sepenuh langit-langit dan bumi-bumi bersama bukit. Dan keluasan hamparan bumi besar Arasy Kursi dan apa-apa yang ditetapkan.

18. Apa-apa yang ditiadakan Allah akan kewujudannya dan mewujudkan yang tiada, serta selawat yang berpanjangan yang tidak terhingga.

19. Yang meliputi semua bilangan bersama sekalian masa sepertimana meliputi had, tidak meninggalkannya dan tidak membiarkannya.

20. Tidak ada penghabisan dan kesudahan wahai besarnya kebesaran padanya. Dan tidaklah ada padanya kesudahan yang diputuskan maka ambillah iktibar.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009


Friday, November 13, 2015

Qasidah al Mudhoriah (3)

11. Dan juga sebanyak debu, semut bersama sekalian biji-bijian dan sebanyak bilangan rambut, bulu kambing, bulu burung dan bulu unta.

12. Dan apa-apa yang diliputi oleh ilmu Allah dan juga apa yang ditulis oleh Qalam yang disuruh Allah dan Qadar yang ditetapkan.

13. Dan sebanyak nikmat-nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan ke atas segala makhluk ketika asal dahulu dan ketika mereka dikumpulkan.

14. Dan sebanyak miqdarnya yang Maha Tinggi yang dimuliakan dengannya yang menjadikan para nabi dan malaikat berasa bangga.

15, Dan sebanyak apa yang ada di dalam sekalian alam yang dijadikan wahai sandaranku. Dan sebanyak apa yang akan berlaku sehinggalah alam dibangkitkan gambaran-gambaran.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Wednesday, November 11, 2015

Qasidah al Mudhoriah (2)


6. Yang tetap mewangi dengan bauan kasturi yang semerbak harum. Dan baunya bertebaran keharuman keredaan.

7. Sebanyak hitungan batu-batuan, tanah dan pasir lalu mengikutnya. Juga sebanyak bintang di langit dan tumbuhan di bumi juga tanah.

8. Dan juga sebanyak berat timbangan bukit-bukau dan seperti juga seterusnya titisan sekalian air dan hujan.

9. Dan sebanyak dedaun yang ada pada pokok-pokok. Dan sebanyak setiap huruf yang dibaca dan ditulis sejak menjelang awal pagi.

10. Dan sebanyak binatang liar, burung, ikan-ikan serta binatang ternakan. Seterusnya sebanyak hitungan jin, juga para malaikat dan manusia

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Tuesday, November 10, 2015

Qasidah al Mudhoriah (1)



1. Wahai Tuhan! Berselawatlah ke atas nabi saw yang terpilih daripada Mudhar dan juga ke atas para anbiya dan sekalian para rasul yang disebutkan.

2. Dan berselsawatlah wahai Tuhan ke atas rasul yang membawa petunjuk dan juga ke atas penolong-penolong baginda saw. Dan juga ke atas para sahabat baginda saw yang sesungguhnya merekalah yang menyebarkan ajaran Islam.

3. Dan merekalah yang berjihad bersamanya dan bersungguh-sungguh dalam memperjuang agama Allah SWT. Dan merekaberhijrah dan telah setia kepadanya: sesungguhnya merekalah yang mempertahankannya.

4. Dan merekalah yang menjelaskan kefarduan  dan perkara sunat  sehingga nereka menjadi suatu kumpulan yang mentaati Allah SWT. Dan kepada Allah mereka berpegang dan kerana Allah mereka mencapai kemenangan.

5. Sesuci-suci, sebesar-besar dan semulia-mulia selawat. Mewangikan alam dengan angin yang lembut yang menyebarkan baunya yang sungguh harum.

Wallahu a’lam

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Monday, April 15, 2013

Ya Ilahi gembirakan


Ilahi gembirakan hamba dengan kurniaMu
jua dengan rahmatan hamba dan keyakinan

Peliharalah hamba dari jalan yang sesat
kuatkan hamba dengan zahir jalan syariat

Indahi agar hamba dapat dia cahaya
pada wajah dan jua tujuan mana sahaja

Ilahi bentengkanlah  hamba dengan syariat
bahagiakan hamba dengan cintaMu  dan redaMu

Anugerahiku dengan sempurnanya warisan
janganlah Engkau masyhurkan hati selain dariMu

Ilahi cahayakan zahir dan batinku
sucikan hati hamba dengan nur kenabian

Peliharakan hamba dari sakit dan fakir
dan dari kejahatan mereka yang durjana

Ilahi pelihara luhur jalan tarekat
dari kejahatan mereka yang merosakkan

Lepaskan hamba dari hawa dan kepentingan
rasakan hamba lazat mesra dan kemurnian

Ilahi tuangkanlah pada hamba minuman
yang suci daripada samudera warisan

Layanlah hamba dengan ehsanMu nan budiman
jalankanlah hamba pada syariat pendidikan.

Shiekh Dr Mahmud Al Maghlani
Madinah almunawarah
29 Mac 2013

Saturday, April 13, 2013

Syurga Jannatul Baqi’


Engkau harapanku Ya Ilahi dalam setiap perkara
padamu sandaranku jika susah melanda

Aku berdoa kepadaMu dalam sembunyi dan nyata
dengan kelembutanMu peliharalah hamba dari musibah menimpa

Lidahpun kelu aku tak mampu mengungkap  indahnya sifatMu
Kerena aku hambaMu Engkau adalah Tuhanku

Dosa dan kekurangan dariku sentiasa kemaafan dan jua ehsan
dariMu amat nyata dariMu amat nyata

Selamatkanlah kami Wahai Tuhan dari segala kesusahan
Dengan berkat Mustafa penghulu sekalian  

Muga dikurniakan kami kediaman di kota Madinahnya
di sertakan iman  pabila sampai ajal muga di Jannatul Baqi
kamikan disemadikan kamikan dikebumikan.

Sheikh Dr Mahmud Al Maghlani
Madinah almunawarah
29 Mac 2013

Monday, April 1, 2013

Ratapan pengajaran 3


Sesungguhnya pendidik itu dalam syariat
kita bersifat belas kasihan
tidak mencuaikan anak didikannya
dan tidak pula bengis kelakuan
jangan sampai mencabuk kawanan kambing
hingga berdarah-darah
disangkakanya kawanan singa
yang menerkam di dalam gelap gelita
anak-anak kita
bukankah amanat di atas bahu kita
wahai pemelihara generasi baru!
mereka bukanlah anak-anak patung
yang boleh dipatah-patahkan ikut hati dan mahu!

Pendidikan Anak-anak Dalam Islam
Abdullah Nasih Ulwan

Saturday, January 5, 2013

Ya Arhamar-Rahimin


Oleh : Habib Abdullah bin Husain bin Tahir

Ya Arham ar-Rahimin
Ya Arham ar-Rahimin
Ya Arham ar-Rahimin
lapangkanlah orang-orang  muslim

Wahai Tuhan kami, wahai yang Mulia
Wahai Tuhan kami, wahai yang Maha Penyayang
Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana
Engkau pemberi pertolongan terbaik

Tidak ada tempat kami berharap selain Engkau
maka capaikanlah, ya Ilahi, orang yang hendak
mencapai keinginannya
sebelum datang maut dan kebinasaan
keinginan yang meliputi dunia dan agama

Kami tidak memiliki tumpuan wahai Tuhan kami
selain Engkau,wahai yang cukup DiriMu
sebagai penolong kami
Wahai pemilik ketinggian dan kekayaan

Wahai yang Maha kuat lagi Maha Kukuh
kepadaMu kami minta pemimpin
yang menegakkan keadilan, agar kami boleh istiqamah.

Berpegang pada petunjukMu yang lurus
dan kami  tidak mematuhi orang yang terkutuk
Ya Tuhan kami, wahai pengabul doa
Engkau Maha Mendengar lagi Maha Dekat
ruang yang luas dan lapang terasa sempit.
 
Maka perhatikanlah orang-orang beriman
dengan perhatian yang boleh mengusir kepenatan
dari kami, perhatian yang dapat mendekatkan pada
keinginan dari kami, dan setiap kesenangan
yang diberikan kepada kami, di setiap kesempatan
kepadaMu aku memohon dengan sungguh.

seorang pemimpin yang menegakkan batas-batas
di tengah kami, batas-batas yang mencegah
orang-orang dengki
dan  membasmi orang-orang yang zalim
membenteras berbagai kemungkaran.

mendirikan solat lima waktu
memerintahkan berbagai perbuatan baik
mencintai orang-orang soleh
menyingkirkan semua yang haram
menghapuskan semua kebodohan.

berlaku adil  di tengah-tengah rakyat
memberikan rasa selamat untuk orang-orang yang ketakutan
Ya Tuhanku, siramilah kami dengan hujan yang merata.

manfaat dan berkatnya, selama-lamanya
yang terus berlangsung di setiap tahun
dalam jangka waktu bertahun-tahun
Ya Tuhanku, hidupkanlah kami dalam syukur dan
wafatkanlah kami sebagai muslim.

Kami dibangkitkan sebagai orang yang selamat
di dalam rombongan orang-orang terdahulu
dengan kedudukan Taha Rasul
bermurah hatilah,
wahai Tuhan kami,untuk menerima.

Anugerahilah kami setiap sesuatu yang diminta
Ya Tuhan kami, kabulkanlah untuk kai dan perkenankanlah
pemberianMu, ya Tuhan kami, amat banyak
semua perbuatanMu itu indah.

PadaMu angan kami menjadi panjang
maka bermurahlah pada orang-orang yang  
berkeinginan besar
Ya Tuhan kami, leher ini terasa sempit
kerana amal yang tidak sanggup kami penuhi

Maka kurniailah, dengan membuka penutup
orang yang tersandar dosanya
ampunkanlah semua dosa
tutuplah semua aib

Hilangkanlah segala kesusahan
cegahlah gangguan orang-orang jahat
tutuplah umur kami dengan kesudahan terbaik
apabila telah dekat masa berakhir
saat telah datang waktu kematian
saat kening bercucuran peluh
dan selawat serta salam, curahkanlah
kepada pemberi syafaat bagi seluruh manusia
dan keluarganya, orang-orang terhormat paling
baik juga para sahabat dan tabiin.

Doa-doa para nabi dan wali
Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki

Monday, December 31, 2012

Qasidah Burdah 10


Doa dan munajat

152. Wahai makhluk yang paling mulia! Siapa lagi yang akan menolongku selain engkau ketika berlakunya huru-hara yang menyeluruh (di Padang Mahsyar).

153. Kiranya, pangkatmu yang luas itu tidak akan sempit dari melindungiku, ketika Allah akan tampil dalam keadaan seorang yang akan membalas segala dosa dan kesalahan.
 
154. Kebaikan dunia dan kebaikan akhirat adalah sebahagian dari kemurahanmu, sementara ilmu yang ada di Lauhul Mahfuz dan Al Qalam adalah sebahagian dari ilmu yang diberi oleh Allah kepadamu.

155. Oleh itu, wahai diriku! Janganlah engkau berputus asas dari kesalahan walaupun besar, kerana dosa-dosa besar itu sebenarnya kecil bila dibanding dengan keampunan Allah.

156. Kiranya rahmat Ilahi ketika dibahagikan akan tercucurlah sesuai dengan keperluan. Besar dosa, maka besar pula rahmat yang akan diberikan.

157. Wahai Tuhanku! Janganlah kiranya Engkau hampakan harapanku dan janganlah Engkau hancurkan hisabku kelak di akhirat.

158. Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini, baik di dunia ataupun di akhirat kerana kesabarannya sangat tipis. Kalau ditimpa musibah ia akan cepat hilang.

159. Ya Allah, izinkanlah bagi awan rahmat untuk mencucurkan salawat dan salamnya ke atas nabi Muhammad saw. Biarlah ia tercucur dengan deras dan lebatnya.

160. Juga ke atas keluarga, sahabat dan para tabien. Mereka inilah orang-orang yang sentiasa bertaqwa, suci, penyantun dan pemurah.

161. Selama dahan kayu Al Baan masih digoyangkan oleh tiupan angin Shaba (angin sepoi-sepoi bahasa) dan selama unta menari kegirangan kerana mendengar irama nasyid pengiringnya.

Al Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah

Qasidah Burdah 9


Istighfar (meminta ampun) dan tawassul (berdoa dengan keberkatan baginda)

140. Kupersembahkan puji-pujian in keharibaan baginda, semoga Allah mengampuni dosa umur yang telah disia-siakan dalam menggubah syair dan berkhidmat yang tak kena pada tempatnya.

141. Aku sebenarnya telah terperangkap dalam puji dan khidmat yang sia-sia, sehingga aku sangat bimbang akan akibat buruk perbuatanku itu, seoalah-olah aku seekor binatang korban yang sudah sedia untuk disembelih.

142. Aku sebenarnya hanya memperturutkan bisikan alam remaja sahaja. Maka sekarang ini telah hilanglah segala-galanya. Yang tinggal hanyalah dosa dan penyesalan.
 
143. Alangkah ruginya perniagaan orang  yang tidak mahu membeli agama dengan dunia dan sama sekali tidak mahu berusaha ke arah itu.

144. Sesiapa yang menjual agamanya untuk mendapatkan dunia, sudah tentu ia akan tertipu dalam perniagaannya.

145. Andainya aku mengerjakan dosa maka hubunganku dengan baginda masih belum rapuh dan tali ikatan pun masih belum terputus.

146. Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad. Dan baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.

147. Kalau bukan baginda yang akan memberi syafaat kepadaku pada hari kiamat nanti, maka katakanlah : Wahai alangkah ruginya orang yang tergelincir kakinya.

148. Rasanya, tak mungkin baginda menolak orang yang mengharapkan kemurahannya dan tak mungkin baginda menghampakan orang yang meminta perlindungan daripadanya.

149. Sejak kutumpukan fikiranku untuk memuji baginda, aku dapat merasakan bahawa hanya bagindalah yang paling kuharapkan untuk keselamatanku di akhirat kelak.

150. Kiranya, aku yang kerdil ini tidaklah akan terluput dari kemurahan baginda, kerana hujan itu akan jatuh ke seluruh permukaan bumi baik yang tinggi ataupun yang rendah. Maka akan tumbuhlah bunga yang harum mewangi.

151. Aku tak pernah memahukan apa jua ganjaran dunia dari madahku, seperti halnya Zuhair yang mengaut harta kekayaan apabila ia memuji Raja Harim bin Sinan.

Al Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah

Sunday, December 30, 2012

Qasidah Burdah 8


Jihad baginda bersama dengan para sahabatnya

118. Berita terutusnya baginda telah menggetarkan hati musuh, seperti takutnya hati sekumpulan kambing apabila mendengar suara serigala.

119. Baginda terus sahaja menang dalam pertempurannya sehingga musuh-musuhnya jatuh bergelimpangan laksana daging yag dicincangkan untuk makanan binatang buas.

120. Kalau boleh, mereka lebih suka lari daripada berhadapan dengan baginda. Mereka lebih suka seandainya badan mereka dicarik-carikkan oleh burung helang yang besar.

121. Siang dan malam berlalu, tanpa mereka sedar berapakah hari bulannya kerana terlampau takut, kecuali bila mereka berada di bulan-bulan haram.

122. Maka jadilah agama Islam itu laksana tetamu yang singgah di rumah pahlawan-pahlawan yang sangat dahagakan darah musuh mereka.

123. Baginda adalah panglima yang cekap mengendalikan lautan tentera berkuda, laku ia memukul musuhnya dengan perajurit-perajurit laksana ombak yang menggulung.

124. Tentera yang tak kenal mundur dan hanya mencari keredhaan Allah. Menyerang dan mengikis habis akar umbi kekufuran.

125. Dengan perjuangan mereka, Islam telah menjadi kuat dan mantap.

126. Islam selamanya akan terpelihara dengan sebaik-baik bapa (nabi saw) dan sebaik-baik suami (nabi saw). Maka Islam tidak akan menjadi anak yatim atau menjadi janda.

127. Mereka itu laksana gunung-ganang yang teguh, cubalah kau tanyakan pada orang yang pernah menyerang mereka, bagaimana ketabahan mereka pada setiap perlawanan.

128. Tanyalah pada Lembah Hunain. Dataran Badar, Bukit Uhud. Itu semuanya tempat-tempat kematian musuh yang lebih buruk dari serangan wabak taun. 

129. Penghunus-penghunus pedang putih berkilat yang telah berjaya melumurkannya dengan darah merah setelah menetakkannya pada leher musuh yang berambut hitam (musuh yang masih muda perkasa).

130. Mereka orang-orang yang mahir memainkan tombak sehingga tak ada yang luput dari sasaran, laksana penulis yang mahir mempergunakan penanya sehingga semua huruf diberikan titiknya dan tak ada satupun yang ketinggalan.

131. Cekap menggunakan senjata. Itulah keistemewaan yang membezakan mereka, seperti pohon mawar berbeza dari pohon salam (dengan baunya yang wangi dan indah dipandang mata).

132. Angin kemenangan sentiasa meniupkan semerbak berita kejayaan mereka, lalu engkau sangka setiap perajurit itu laksana bunga yang masih dibalut kelopaknya (bersangatan wanginya).

133. Kemenangan mereka ketika mengenderai kuda perang, laksana pohon yang berakar tunjang di tanah yang tinggi. Kemantapan itu adalah kerana kukuhnya keazaman bukan kerana kuatnya tali pengikat yang ditambatkan.

134. Gementar hati musuh apabila berhadapan dengan mereka, lalu musuh menjadi panik dan sudah tidak dapat membezakan antara anak kambing dengan seorang perajurit.

135. Sesiapa yang mendapat pertolongan dengan berkat pertolongan rasulullah, maka singa yang garang di dalam hutan akan tunduk kepadanya.
 
136. Tidaklah engkau melihat kekasih Allah kecuali ia akan mendapat pertolongan dengan berkat rasulullah dan tidak ada musuh Allah melainkan ia akan dibinasakan.

137. Baginda telah menempatkan umatnya di benteng  yang sangat kukuh laksana singa yang telah membuatkan sarangnya yang kemas bagi kediaman anak-anaknya.

138.  Berapa banyak ayat-ayat Allah yang telah merebahkan musuhnya dan berapa banyak ia telah menundukkan musuh yang degil dengan hujah-hujahnya yang jitu.

139. Cukuplah sebagai bukti yang jelas atas kehebatannya. Baginda, apabila dadanya penuh dengan ilmu walaupun ia seorang yang ummi dan hidupnya teratur dengan rapi walaupun ia seorang anak yatim.

Al Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah

Qasidah Burdah 7


Isra’ Mi’raj dan keutamaan baginda saw

105. Wahai rasulullah, sebaik-baik orang yang diharapkan oleh pengunjungnya, sama ada bagi mereka yang berjalan kaki atau yang menaiki unta yang laju.

106. Engkau tanda kekuasaan Allah yang besar bagi mereka yang mau berfikir dan engkau merupakan  nikmat Allah yang paling agung bagi mereka yang mencari keberuntungan.

107. Di keheningan malam engkau telah berjalan dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis, laksana bulan pernama berjalan laju menembusi kegelapan malam.

108. Engkau terus naik ke makam yang tertinggi, sehungga engkau sangat dekat dengan Tuhanmu. Ketinggian yang tak terjangkau dan tak pernah dicita-citakan oleh orang lain.

109. Engkau telah di kedepankan oleh para nabi dan rasul, laksana tuan yang mulia dihormati oleh khadam-khadamnya.

110. Kau tembusi tujuh petala langit dan kau temui para anbiya. Ketika engkau berada di tengah-tengah mereka engkaulah pemegang bendera keagungan.

111. Apabila sudah tidak ada peluang untuk sesiapapun mendahuluimu dan orang lain sudah pasti tidak akan sampai ke ketinggian martabatmu.

112. Ketika itu engkau mengatasi  segala darjat para anbiya, lalu engkau seorang dipanggil dengan penuh ketinggian.

113. Supaya hanyalah engkau seorang yang dapat mengetahui segala rahsia yang tersembunyi dari mata manusia dan hanyalah engkau seorang yang dapat menyaksikan segala hikmah yang tertutup.
 
114. Engkau raih segala kebanggaan tanpa seorangpun yang menyertaimu Dan engkau lintasi segala darjat ketinggian tanpa ada seorang jugapun yang menandingimu.

115. Alangkah hebatnya ketinggian martabatmu. Alangkah mulianya anugerah yang diberikan Allah kepadamu.

116. Berita baik bagi kita umat Islam bahawa kita telah diberikan syariat yang kuat yang tidak dapat diruntuhkan.

117. Apabila Allah swt telah menamakan rasulullah saw dengan sebaik-baik rasul, maka kita sebagai umatnya dengan sendirinya adalah sebaik-baik umat.

Al Imam Muhammad bin Said Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah