Isra’ Mi’raj dan
keutamaan baginda saw
105. Wahai rasulullah, sebaik-baik orang yang diharapkan oleh
pengunjungnya, sama ada bagi mereka yang berjalan kaki atau yang menaiki unta
yang laju.
106. Engkau tanda kekuasaan Allah yang besar bagi mereka yang mau berfikir
dan engkau merupakan nikmat Allah yang
paling agung bagi mereka yang mencari keberuntungan.
107. Di keheningan malam engkau telah berjalan dari Masjidil Haram ke
Baitul Maqdis, laksana bulan pernama berjalan laju menembusi kegelapan malam.
108. Engkau terus naik ke makam yang tertinggi, sehungga engkau sangat
dekat dengan Tuhanmu. Ketinggian yang tak terjangkau dan tak pernah
dicita-citakan oleh orang lain.
109. Engkau telah di kedepankan oleh para nabi dan rasul, laksana tuan yang
mulia dihormati oleh khadam-khadamnya.
110. Kau tembusi tujuh petala langit dan kau temui para anbiya. Ketika engkau berada di tengah-tengah
mereka engkaulah pemegang bendera keagungan.
111. Apabila sudah tidak ada peluang untuk sesiapapun mendahuluimu dan
orang lain sudah pasti tidak akan sampai ke ketinggian martabatmu.
112. Ketika itu engkau mengatasi
segala darjat para anbiya, lalu engkau seorang dipanggil dengan penuh
ketinggian.
113. Supaya hanyalah engkau seorang yang dapat mengetahui segala rahsia
yang tersembunyi dari mata manusia dan hanyalah engkau seorang yang dapat
menyaksikan segala hikmah yang tertutup.
114. Engkau raih segala kebanggaan tanpa seorangpun yang menyertaimu Dan
engkau lintasi segala darjat ketinggian tanpa ada seorang jugapun yang
menandingimu.
115. Alangkah hebatnya ketinggian martabatmu. Alangkah mulianya anugerah
yang diberikan Allah kepadamu.
116. Berita baik bagi kita umat Islam bahawa kita telah diberikan syariat
yang kuat yang tidak dapat diruntuhkan.
117. Apabila Allah swt telah menamakan rasulullah saw dengan sebaik-baik
rasul, maka kita sebagai umatnya dengan sendirinya adalah sebaik-baik umat.
Al Imam Muhammad bin Said
Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah
No comments:
Post a Comment