Segala puji hanya bagi Allah,
selawat dan salam sentiasa tercurah kepada nabi kita Muhammad saw.
Ya Allah! Ampunilah dosaku,
luaskanlah bagiku ciptaanMu, baikkanlah usahaku, cukupkanlah bagiku atas apa
yang telah Engkau rezekikan kepadaku dan jangan Engkau palingkan hatiku kepada
sesuatu selain daripadaMu.
Ya Allah! Sesungguhnya aku
memohon redha kepadaMu setelah Qadak, kesejukan kehidupan selepas maut,
kenikmatan bertemu dengan DzatMu yang Maha Mulia, serta kurniakanlah kami kerinduan
untuk sentiasa bertemu denganMu. Ya Allah!
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu keimanan, keimanan yang mampu
memberikan khabar gembira bagi hatiku, sehingga aku bisa mengetahui dan
memahami bahawa segala apa yang menimpaku adalah sudah ditetapkan dan kurniakanlah
aku keredhaan dengan apa yang telah Engkau anugerahkan untukku.
Ya Allah! Kurniakanlah kami jiwa
yang tenang, yang sentiasa berusaha meraih janjiMu, berserah terhadap urusanMu
dan redha terhadap QadakMu.
Ya Allah! Kurniakanlah kami
dengan QadakMu, berkahilah kami dalam ketetapanMu sehingga aku tidak suka untuk
menyegerakan sesuatu yang Engkau tangguhkan dan tidak pula suka menangguhkan
sesuatu yang Engkau segerakan.
Sungguh aku redha, Allah sebagai
Tuhanku dan Islam sebagai agamaku dan saidina Muhammad saw sebagai nabi dan
utusanMu, keselamatan atas semua utusanMu dan segala puji hanya bagiMu, Tuhan
semesta alam. Ameen.
Muhammad Khalid Thabit
Mencari erti keredhaan Ilahi
No comments:
Post a Comment