Orang-orang bertanya kepada Yazid
bin Aban Al-Riqasyi : Apakah kamu tidak
bosan terus-menerus menangis?. Menerima pertanyaan seperti itu, lalu terus
menangis dan kembali bertanya : Apakah
seorang wanita yang sedang menyusui tidak merasa bosan menyusui anaknya? Demi
Allah, setelah aku menangis dengan mencucurkan air mata, ingin sekali rasanya
aku menangis dengan mencucurkan darah, lalu setelah itu menangis dengan
mencucurkan nanah yang bercampur darah selama masih hidup di dunia.
Sungguh telah sampai kepada kita khabar berita yang menerangkan bahawa
penghuni neraka itu menangis dengan mencucurkan darah, jika air mata telah
kering sehingga seandainya perahu itu dijalankan di atasnya nescaya ia akan
bergerak dan seakan-akan perahu itu berjalan di atas lautan.
Oleh kerana itu, adalah sangat menghairankan seandainya seseorang tidak
boleh menangis dan meratapi dirinya selama hidup di dunia.
Salamah bin Said Berkata : Bahawa
seterusnya Yazid bin Aban Al-Riqasyi berkata : Menangislah untuk dirimu, sebelum dipaksa menangis. Dinamakan Nabi Nuh
as dengan nama Nuh yang bererti tangisan kerana baginda selalu menangisi
dirinya. Wahai Yazid, siapakah orang yang akan mengerjakan solat atau siapakah
orang yang akan berpuasa setelah kamu tiada. Wahai Yazid, siapakah orang yang
akan menundukkan dirimu kepada Tuhanmu dan siapakah orang yang akan berdoa?
Salamah berkata : Bahawa dia mengucapkan
kata-kata tersebut dan yang lainnya berulang kali sambil menangis, lalu dia
berkata : Wahai saudara-saudaraku, menangislah kamu. Menangislah kamu untuk
diri kamu dan seandainya kamu tidak boleh menangis, kasihanilah setiap orang
yang menangis.
Wallaahu a’lam.
( Pelembut hati; Ibnu Qudamah al-Maqsi )
No comments:
Post a Comment