Sunday, December 2, 2012

Syair Menyambut Pelajaran


Anakku sayang salahmu nyata
dalam pelajaran bertutur kata
duduk menulis kalam dilata
kembali ke padang sekalian pendeta.
 
Kerana pelajaran beratur pangkatnya
jangan dicampur yang bukan masanya
kerja demikian besar salahnya
faham tak lekat dalam keduanya.

Pendengaran pasti menjadi harus
yang ditulis pun tentu keliru
laksana menumbuk beralas nyiru
berasnya luluh antah berderu

Ilmu lisan tatkala disyarahkan
sekalian anggota wajib satukan
ke hati semuanya kamu kumpulkan
barulah pendengaran dapat difahamkan.
 
Semasa mendengar orang berkata
tangan menulis pula serta
telinga diasingkan daripada mata
mustahillah fahamnya nyata.

 Puisi tradisional

No comments:

Post a Comment