Saturday, December 8, 2012

Prinsip-prisip coaching


Coaching  ialah proses interaktif melalui pengurus-pengurus dan penyelia-penyelia (coach) , bertujuan untuk menyelesaikan masalah prestasi atau membina kebolehan pekerja (coachee). Proses ini bergantung kepada kerjasama dan berasaskan kepada tiga elemen : bantuan teknikal, sokongan personal dan cabaran individu.

Coachee dilatih bukan untuk membuat penilaian sendiri tetapi memandu mereka ke arah mencapai matlamat. Coach yang baik akan menyokong, mendengar dan membantu coachee  supaya fokus dan maju ke hadapan untuk masa akan datang. Umumnya terdapat tujuh prinsip coaching :

1. Kesedaran
Biasanya, coaching akan memberi kesedaran kepada coachee sehingga coachee memperolehi faedah daripadanya. Perkara ini berlaku kerana salah satu peranan coach adalah pada meningkatkan kesedaran coachee.

2. Tanggungjawab
Prinsip utama coachee ialah bertanggungjawab ke atas keputusan yang telah dipersetujui. Melalui proses pembelajaran, coachee akan menemui perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Hal ini lebih baik bagi coachee berbanding mendengar arahan orang lain supaya melakukannya. Setiap perkara yang dilakukan perlu kepada agenda. Agenda coach hanya satu; iaitu coachee-coachee mereka. Coach bertanggungjawab mengenai proses dan coachee bertanggungjawab pada isi kandungan.

3. Yakin diri
Yakin diri ialah satu faktor untuk berjaya mencapai matlamat. Beri ruang kepada diri untuk memperbaiki keadaan jika pernah melakukan kesilapan. Dalam usaha mencapai matlamat, kepercayaan kepada diri amat penting. Memberi dorongan kepada coachee dapat meningkatkan tahap keyakinan diri mereka.

4. Tidak menyalahkan orang lain
Dalam budaya coaching, kesilapan adalah pengalaman dalam pembelajaran, bukan sebab untuk mengenakan hukuman. Coach memberi nilai tambah dengan menjelaskan kepada coachee mengenai sesuatu perkara bagi tujuan pembaikan.

5. Fokus penyelesaian
Apabila kita cuba mengatasi sesuatu masalah, kadangkala masalah itu menjadi lebih besar. Apabila kita fokus kepada jalan penyelesaian, masalah tersebut akan menjadi lebih mudah. Sehingga akhirnya anda hanya mempunyai masalah yang kecil dan memerlukan tenaga yang sedikit bagi mengatasinya.

6. Cabaran
Ramai orang suka dicabar, diberi sokongan dan galakan. Kadangkala coaching diterangkan sebagai melihat kembali masa lampau yang membolehkan coachee menilai sama ada banyak atau tidak perkara yang perlu dibaiki.

7. Tindakan
Coaching mendedahkan perspektif baru dan kesedaran. Dalam keadaan ini coachee mempelajari isu-isu dalaman yang baru, yang membawa kepada pelbagai pilihan untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada. Coach akan memastikan bahawa tenaga ini disalurkan kepada tindakan atau perubahan tingkah laku.

Wallaahu a’lam.

( Mudahnya coaching & mentoring; Dr Shaker Mustafa )

No comments:

Post a Comment