Apabila anda menjadi mentor bagi mentoring, bererti anda memberi arahan dan
tunjuk ajar kepada coachee. Kesan mentoring anda bergantung kepada sejauh mana
kebolehan anda mengajar. Kebolehan anda mengajar bergantung pula kepada sejauh
mana anda memahami cara orang dewasa belajar . Sekiranya setiap orang dewasa
belajar dengan cara yang sama, pekerjaan anda tidak lagi menjadi mencabar. Dalam keadaan yang sebenar, setiap orang
belajar dengan cara yang berlainan!.
Proses pembelajaran bergantung kepada bagaimana orang menerima dan
bersetuju dengan pengetahuan yang diperolehinya. Umumnya terdapat enam cara
asas orang berfikir. Seseorang mentor perlu memahami dan menghargai cara orang
belajar berbeza-beza itu. Dengan itu, mesej mentor dapat disampaikan mengikut
gaya tersebut. Enam cara berfikir dan memproses maklumat itu ialah :
Mereka ini tidak akan mempersoalkan arahan yang diberi. Arahan akan
dipatuhi dan tidak akan melakukan apa-apa tanpa disuruh.Dengan itu mentor perlu
mengenalpasti dimana wujudnya garisan motivasi seterusnya membantu mereka.
b) Berdasarkan pertimbangan
Golongan ini menerima dan memproses fakta melalui alasan-alasan deduktif.
Mentor perlu berfikiran logikal. Penerangan analitikal perlu diberikan. Coachee
mahu mengetahui setiap langkah dengan pasti. Apabila telah difahami, tugas akan
dilakukan dengan baik oleh coachee.
Pengalaman deria ini melibatkan melihat, mendengar dan memegangnya.
Pengalaman sepenuhnya perlu dilalui agar pembelajaran berlaku dengan cepat.
Mentor hanya memberi tunjuk ajar dan memberitahu, coachee yang melakukannya.
Jika mentor menulis cadangan, biarkan coachee menulis apa-apa yang mereka
fahami.
d) Emosi
Seseorang perlu berperasaan baik terhadap pengalaman kerja, proses kerja,
kemahiran mereka dan hasil kerja mereka. Jika tidak, kerja tidak mampu
dijalankan dengan sempurna. Berikan dorongan bahawa setiap orang memberi respon
kepada satu daripada empat keperluan asas emosi iaitu keperluan untuk kawalan,
perhatian, kasih sayang dan keadilan.
e) Gerak hati
Ia dilakukan di luar kesedaran seseorang. Setelah penat seharian, bila
bangun tidur pada keesokan hari jawapan pada permasalahan semalam diperolehi.
Inilah yang dikatakan satu daripada aspek gerak hati. Nantinya akan terdapat eureka pada sesuatu ketika dialami. Untuk
itu berikan lebih masa agar butiran yang disampaikan dapat difahami.
Golongan ini menguji, mencuba dan membuat eksperimen terhadap arahan yang
disampaikan.
Tanyalah soalan dan teliti jawapan bagi menentukan cara berfikir yang
digunakan oleh seseorang. Kebanyakan daripada kita adalah kombinasi enam cara
di atas. Namun hanya satu pendekatan yang menguasai pola pemikiran kita.
Wallaahu a’lam,
No comments:
Post a Comment