Tuesday, December 25, 2012

Zakat


Dalam dapatan pelbagai rupa
Bersama kautan tidak terhingga
Hingga kita terlupa
Kita memikul janji yang tersembunyi
Setelah melimpah cukup dan nasab
Ada milik lain yang ikut tertadah
Wajar dikembalikan
Sebagai bantuan kehidupan
Sebagai jalinan keinsafan
Sebagai jaringan persaudaraan
Kerana kesucian itu
Perlu dilerai dari bukan milik kita
Pembasuhan ini dengan cahaya keimanan
Penyucian ini dengan lafaz keikhlasan

Tidak kurang malah ditambahkan
Tidak susut malah digandakan
Kerana janji Illahi
Tidak tergelincir dari landasan laksana
Kerana janji Illahi
Termakbul dalam sunyi dan nyata
Wujud dan tamak
Terbakar hangus dengan terkotanya janji kita
Rakus dan haloba
Menjadi debu dalam ketamakan selesa penerima
Dan ketawa kita menanti di surga
Dan ketawa kita bersama bidadari yang setia
Tersimpul mati dalam janji Illahi dan janji kita.

Saidi b Ngah Abd Said
Perak

No comments:

Post a Comment