Laits tidak pernah bertemu langsung dengan Imam Syafie. Beliau telah meninggal dunia sewaktu
Imam Syafie ke Mesir. Sewaktu di kuburannya Imam Syafie berkata : Demi Allah, kamu adalah mutiara wahai Imam.
Kamu telah mendapat empat hal yang tidak dimiliki oleh seorang ulama; ilmu,
amal perbuatan, kezuhudan dan kemuliaan.
Kata Imam Syafie lagi: Laits adalah seorang yang lebih fakih daripada Malik, tetapi para
sahabat Laits telah menelantarkannya. Imam Syafie menutup kata-katanya
dengan sebuah syair iaitu:
Jika kamu melihat kemuliaan
dari seorang yang mulia,
dan banyak orang dengan
sengaja membangun rumah
hanya untuk kemuliaan,
Itulah Laits yang telah
menjaga tanah jagaannya,
dia memuliakan tamunya
baik ketika dia masih hidup
atau sudah mati.
Imam Syafie ketika di Mesir tinggal di dekat peristirehatan Laits bin Saad
dan ketika Imam Syafie wafat, dia pun dikuburkan di kuburan Laits, iaitu di
daerah yang terkenal dengan daerah dua Imam, iaitu Imam Syafie dan Imam Laits.
Wallaahu a’lam.
(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi; Muhammad Aizat Farhan)
No comments:
Post a Comment