Duhai Tuhan pemilik langit dan bumi
Duhai pemilik semesta raya.
Allah humma Ya Allah
kami bersyukur kepadaMu
alangkah banyak nikmat
yang Engkau curahkan kepada kami
Engkau beri kami nikmat Islam
Engkau beri kami nikmat ihsan
tetapi sedikit sangat syukur kami kepadaMu.
Wahai Allah Yang Maha Bijaksana
ampuni kami yang hanya bersyukur
apabila mendapat kesihatan
apabila mendapat makanan
apabila mendapat harta
apabila mendapat jawatan
apabila mendapat penghargaan
apabila mendapat keturunan
tetapi tak pernah bersyukur jika mampu melaksanakan
solat berjemaah, bersedekah, berzakat
berpuasa dan berhaji.
Ya Allah
Kami tak pernah bersyukur dengan memiliki Nabi Muhammad saw
tak pernah bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad saw
tak pernah bersyukur bahawa kami dilahirkan sebagai Islam
tak pernah bersyukur bahawa kami telah dikurniakan iman.
Allah humma Ya Allah
ilhamkan kami kesyukuran menerima nikmatMu
terlalu sedikit doa kami dibandingkan berkahMu
kami hanya ingin bersujud Ya Allah
kami ingin bersyukur Ya Allah
maka terimalah sujud ini
sebagai ungkapan rasa syukur kami
dan ungkapan permohonan ampun kami.
Ya Allah Yang Maha Menggenggam Jiwa
izinkan permintaan kami
redhai amal ibadat kami
tanpa redhaMu semua tak bererti
tanpa redhaMu semua tak bermakna.
No comments:
Post a Comment