Ketika didesak oleh Sheikhnya, Al-Hasan bin Ismail untuk menerima jawatan
hakim, beliau menjawab: Segalanya akan
ditentukan oleh istikharah kepada Allah di samping petunjuk dari para pakar
dalam bidang dan apapun yang dipilihkan oleh Allah maka itu adalah pilihan
terbaik.
Beliau menetapkan syarat-syarat gemilang berikut untuk penerimaan jawatan
berkenaan :
1. Bahawa ia tidak meminta jawatan tersebut.
2. Bahawa ia tidak meminta seseorang perantara pun untuk mendapatkan
jabatan
tersebut.
3. Bahawa berkat kurnia Allah ia sangat mampu untuk memikul jawatan
tersebut, kerana
ia memiliki kapasitas keilmuan
yang cukup luas tentang Al-Quran mahupun As-
Sunnah serta kemampuan untuk
memilih antara kebenaran dan kebatilan.
4. Bahawa ia merupakan seorang mujtahid.
5. Bahawa ia tidak menginginkan harta, jawatan, populariti serta kehormatan.
Semoga
Allah merahmati serta meredhainya.
Asy-Syaukani kemudiannya menduduki jawatan ini dalam waktu yang cukup lama,
selama itu ia menjadi tauladan dalam bidang yang telah ditetapkan oleh Allah
kepadanya.
Wallaahu a’lam.
(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para
nabi; Muhammad Aizat Farhan)
No comments:
Post a Comment