Saturday, December 22, 2012

Laits bin Saad dan Khalifah


Al-Mansur :

Amirul Mukminin Al-Mansur pernah berdebat dengan Laits bin Saad dan menawarkan kedudukan di Mesir. Laits tahu dengan baik kesulitan dalam pemerintahan, dia ingin hidup jauh dari tanggungjawab politik agar dapat konsentrasi dalam ilmu. Laits pun mencari-cari alasan kepada Khalifah bahawa dia tidak sesuai dengan katanya : Sesungguhnya aku sangat goyah untuk memangku jawatan seperti itu.

Jawab Khalifah : Kamu tidak akan goyah bersamaku, tetapi niatmulah yang goyah untuk bertugas denganku. Kamu telah membuatku kagum, semoga Allah meramaikan orang-orang sepertimu di antara rakyatku.

Al-Mansur pun memberikannya hadiah yang banyak dan Laits membahagikan semua yang didapatkannya kepada orang-orang yang memerlukan sebelum dia meninggalkan kota. Laits kembali ke Mesir dengan membawa pujian-pujian Manshur untuknya.  Kemudiannya Al-Mansur mengirimkan perintah kepada Wali Mesir dan Qadhinya untuk berunding kepada Laits bin Saad dalam setiap masalah mereka.

Al-Mahdi :

Ketika Al-Mahdi menjadi Khalifah sepeninggalan bapanya Al-Manshur pada 158H, Laits datang ke Baghdad dan bertemunya. Khalifah sangat kagum dengan apa yang didengarnya tentang ilmu Laits. Lalu Khalifah berkata kepada Perdana Menterinya Yakqub : Selalulah bersama Syeikh ini dan berusahalah untuk selalu mendapatkan ilmu yang banyak darinya.

Ar-Rasyid :

Berkatalah Lu’lu pelayan Ar-Rasyid : Terjadilah pertengkaran antara Rasyid dan isterinya Zubaidah. Khalifah Rasyid berkata kepada isterinya : Kamu ditalak jika aku tidak masuk surga. Dia menyesal telah mengucapkan kalimat itu, maka dikumpulkanlah para fuqaha yang ada, tetapi di antara mereka pun berbeza pendapat. Dia mengirimkan  berita kepada seluruh negeri kaum muslimin dan meminta agar para ulamaknya datang menemuinya.

Pada saat semua ulama sudah berkumpul, Ar-Rasyid duduk dan menanyakan kepada mereka tentang apa yang telah dikatakan kepada isterinya, mereka pun berbeza pendapat. Di antara yang hadir pada saat itu adalah Laits bin Saad tetapi dia diam dan tidak berbicara. Salah seorang yang hadir bertanya : Wahai Laits, kenapa kamu tidak berbicara?

Laits menjawab: Sampai Amirul Mukminin menyuruhku. Lalu Amirul Mukminin pun berkata kepadanya : Bicaralah wahai Laits.

Berikanlah kepadaku mushaf Al-Quran, jawab Laits. Mereka datang membawa Al-Quran, kemudian Laits berkata kepada Khalifah : Bukalah wahai Amirul  Mukminin surat Ar-Rahman dan bacalah. Pada saat bacaannya sampai pada ayat, Dan bagi orang yang takut akan saat menghadapi Tuhannya ada dua syurga. (Ar-Rahman : 46)

Laits berkata : Peganglah wahai Amirul Mukminin dan katakanlah, Demi Allah aku takut saat menghadap Tuhanku.

Hal itu membuat Khalifah merasa kesulitan untuk menuruti perintah Laits, lalu Laits kembali berkata : Katakanlah aku takut saat menghadap Tuhanku!, lalu Khalifah pun mengatakan itu. Laits berkata kembali : Wahai Amirul Mukminin, bagimu ada dua syurga bukan satu syurga.

Pada saat itu, Zubaidah isteri Khalifah dan para pelayannya pun juga mendengarkan pembicaraan mereka di balik tabir, kemudian terdengarlah riuh tepuk tangan dan kegembiraan.

Khalifah berkata kepada Laits : Demi Allah, kamu sangat baik wahai Laits. Khalifah kemudiannya bertanya tentang apa yang kiranya dapat dilakukannya sehingga negeri menjadi lebih baik. Laits menjawab : Wahai Amirul Mukminin, kebaikan negeri ini dengan mengalirkan sungai Nil dan memperbaiki citra Amirnya. Air keruh datangnya dari mata air tetapi jika mata air bersih maka bersih pulalah bahagian belakangnya.

Benar, jawab Khalifah. Dia pun memerintahkan kepada penguasa di Mesir untuk tidak melakukan sesuatu kecuali setelah berundingkannya dengan Laits bin Saad.

Wallaahu a’lam.

(Mendekati peribadi imam-imam pewaris para nabi; Muhammad Aizat Farhan)

No comments:

Post a Comment