Malam Bicara Selebriti, Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu
1 Disember 2012
Pertama
kali khabar itu datang
khabar undangan
dari negeri
nun jauh di
seberang sana
sebuah negeri
bernama Kelantan
Kelantan?
sebutan itu
menjadi pertanyaan besar
pertanyaan besar
yang melingkupi
ruang fikirku
pertanyaan besar
yang melingkup waktuku
seperti apa
masyarakatnya?
seperti apa
budayanya?
dan waktupun
terus berganjak
hingga waktu itu
pun tiba
aku menjejakkan
kaki
di negeri yang baru
di negeri yang
masih misteri
di dalam
pemikiranku
sedikit demi
sedikit
cuba aku selami
sedikit demi
sedikit
cuba aku jawab
pertanyaan
yang berkecamuk
di pemikiranku.
Oh ini
Kelantan....
sebuah negeri
yang cantik
yang cantik tidak
hanya dari kulit luarnya
namun cantik yang
sesungguhnya
kenapa aku bisa
berkata seperti itu
kerana di sini
aku temui lagi kepingan ilmu
yang akan terus
menambah wawasanku
di sini aku temui
budaya yang mengagungkan
budaya yang
menjunjung tinggi
nilai-nilai
keislaman
budaya Islam
sebagai landasan
pemerintahannya
budaya Islam
sebagai roh masyarakatnya
dan di sini aku
bertemu dengan wanita-wanita
yang tangguh
wanita-wanita
yang ikhlas menjalankan peranan
sebagai ibu.
untuk anak-anaknya
untuk buah
hatinya
untuk
pejuang-pejuang Allah
Ya Allah
sujud syukurku untuk Engkau
kerana Engkau
telah ditakdirkan
aku di negeri ini
di negeri
InsyaAllah penuh BerkahMu
di negeri yang
penuh dengan ulama-ulamaMu
di negeri dengan
pemimpin yang tawaduk
di negeri di mana
umatMu
saling mencintai
sesamanya kerana Engkau Ya Allah
Ya Allah
berkatilah perjalananku ini
Ya Allah
limpahilah masyarakat
limpahilah
pemimpin negeri Kelantan
limpahilah
ulama-ulamanya
dengan petunjukMu
dengan rahmatMu
dengan nikmatMu
dengan
perlindunganMu
Amin....Amin....Ya
Rabbal Alamin.......
Meyda Sefira
Sinar Harian
6 Disember 2012
No comments:
Post a Comment