Peristiwa di
sekitar kelahiran baginda
59. Kelahiran baginda membuktikan kebaikan asal keturunanya. Alangkah
bahagianya orang yang baik permulaan keturunannya (Adam as) dan baik hujung
keturunannya (Abdullah b Abd Mutalib).
60. Di kala itu, orang-orang Parsi telah menduga bahawa mereka pasti akan
ditimpa bencana dan penderitaan.
61. Iwan (singgahsana) Kisra (Raja Parsi) menjadi retak dan pendukungnya
menjadi bercerai berai.
62. Api sembahan mereka terpadam kerana kesusahan dan mata air sungai (Sungai Furat / Euphrates) menjadi
kering kerana kesedihan.
63. Buruk sekali nasib penduduk di sekitar Tasik Sawat. Airnya kering
meresap ke dalam bumi dan pengunjungnya yang haus terpaksa pulang dalam keadaan
yang sangat marah.
64. Seakan-akan air yang basah (Tasik Sawat) menjadi kering kerana sedih
dan seolah-olah api yang menyala (api sembahan Majusi) menjadi padam kerana
dukacita.
65. Manakala bangsa jin pula berteriak-teriak memberitahu kelahiran manusia
agung. Cahaya benderang memancar ke langit. Ini petanda kebenaran tidak lama
lagi akan muncul, baik melalui ucapan ataupun keadaan.
66. Namun hati yang keras tetap buta dan tuli dari mendengar berita
kebenaran dan tak ambil peduli melihat
cahaya amaran.
67. Setelah ramai kalangan yang mendapat berita dari pendeta-pendeta
mereka, bahawa agama mereka yang tidak lurus itu tidak akan tertegak lagi......
68. Dan setelah mereka menyaksikan tahi bintang yang dilemparkan dari ufuk
langit, berbetulan dengan robohnya berhala-hala yang ada di muka bumi.
69. Sehingga syaitan-syaitan itu lari berselerak, yang satu mengiringi yang
lain, kerana mengelak dari arus wahyu yang diturunkan.
70. Mereka lari kucar kacir laksana tentera Abrahah atau bagaikan tentera
musyrikin yang telah dilempar batu kecil oleh kedua tangan baginda saw.
71. Anak batu itu dilemparkan setelah ia bertasbih di kedua-dua tapak
tangan baginda seperti meluncurnya sorang yang membaca tasbih (nabi Yunus as)
dari perut ikan.
Al Imam Muhammad bin Said
Al-Bushiri (608-696H)
Khazanah Banjariah
No comments:
Post a Comment