Wednesday, December 12, 2012

Mohon keimanan


Ya Allah wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman. Ya Allah ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kecil. Ya Allah akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Ameen.

No comments:

Post a Comment