Sekiranya anda mencari mentor untuk program mentoring, berikut inilah
mereka yang perlu disenaraikan :
1. Bercakap sambil
berjalan
Anak didik melihat mentor sebagai model contoh bagi tingkah laku yang
berjaya. Mereka belajar sebanyak mungkin daripada pemerhatian berbanding
mendengar kata-kata mentor itu sendiri. Konsisten antara kata-kata dan tindakan
akan mengekalkan kewibawaan.
2. Memberi nasihat
yang ada tindakan dan maklum balas
Pembangunan kerjaya adalah perniagaan yang praktikal. Tujuannya untuk
mengeluarkan produk yang baik. Dengan itu nasihat dan maklum balas perlu dalam
keupayaan coachee. Jika tidak ia sekadar membazirkan masa kedua-dua pihak.
3. Elak
menyelesaikan masalah coachee
Tugas mentor ialah membantu coachee membantu dirinya sendiri bukan
sebaliknya. Mereka tidak akan belajar membantu menyelesaikan sendiri sekiranya mentor datang untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh coachee.
4. Mengkritik
tingkah laku, bukan orang
Apabila coachee terkeluar dari laluan, mentor bertanggungjawab
mengembalikannya ke laluan yang betul. Mentor hendaklah mengemukakan fakta
untuk pemerhatiannya, bukan dalam bentuk arahan seperti, berhenti buat begitu! Sebaliknya , saya perhatikan yang anda dipaksa buat projek X, anda mungkin
kehilangan peluang. Adakah anda suka bercakap mengenainya?.
Perbincangan ini adalah secara tertutup agar perbincangan lebih mudah dan
lebih objektif.
5. Cabaran coachee
untuk membangunkan satu pelan kejayaan
Coachee bertanggungjawab ke atas
kejayaan dirinya sendiri. Mentor sekadar memberi sokongan dan nasihat serta
membuka laluan untuknya dari masa ke semasa. Satu pelan peningkatan dari kedudukan asal perlu disediakan oleh coachee.
Perbincangan dengan cara objektif dan pengalaman hebat bersama mentor akan
membantu penyediaannya.
Kerjaya yang kukuh dibangunkan atas asas yang kuat – pengetahuan, cita-cita
dan sokongan daripada orang lain. Mentor adalah seorang daripada
orang lain itu. Mentor perlu mewujudkan asas sokongan itu.
7. Jangan biarkan
coachee terlalu bergantung kepada mentor
Mentor yang baik meletakkan diri mereka di luar proses mentoring, coachee
dibantu meningkatkan diri sendiri. Antara cara-caranya:
a) Mendesak coachee mengambil tanggungjawab untuk membangun dan mengikut
pelan pembelajarannya sendiri. Peranan mentor adalah menyemak pelan tersebut
dan mencadangkan penambahbaikan.
b) Jangan beri jawapan, sebaliknya tanya soalan-soalan:
- Apakah yang anda fikirkan tentang apa yang akan berlaku jika anda
mencubanya?
- Apakah strategi alternatif yang anda pertimbangkan?
- Bagaimana anda fikir reaksi ketua anda jika anda melakukan perkara
tersebut?
Ingat, jangan selesaikan masalah-masalah coachee. Sebaliknya, bincangkanlah
masalah itu dan berdialoglah dengannya bagi membantunya menyelesaikan masalah
tersebut.
8. Bergerak ke
arah permulaan yang baik
Mentor yang hebat akan bergerak dengan permulaaan yang baik bagi setiap
coachee baru. Ianya merupakan perbualan secara terbuka di mana mentor dan
coachee saling berkenalan, membina hubungan erat, memahami kehendak satu sama
lain dan mengenal pasti perjanjian matlamat bersama. Perbezaan kehendak dapat
diatasi, mengelakkan perhubungan kedua-duanya menjadi buruk dari mula.
9. Tahu masa untuk
mengucapkan selamat tinggal
Sumbangan mentor yang paling baik adalah dengan mengucapkan selamat
tinggal. Mentor hendaklah kekal sebagai penasihat yang dipercayai juga sebagai
pakar rujuk bagi pandangan kedua oleh coachee. Coachee memerlukan restu mentor
lebih daripada kebijaksanaan dan amaran seorang mentor.
Wallaahu a’lam.
( Mudahnya coaching & mentoring; Dr Shaker Mustafa )
No comments:
Post a Comment