Monday, December 24, 2012

Mewahkan rasa syukurmu 3


Ya Samii Ya Bhasir
Ya Zaljalaali wal Ikram
Wahai Allah Yang Maha Hidup
Wahai Allah Yang Maha Pemberi Nikmat
kami berlindung dengan keagunganMu
kami berlindung dengan kemuliaanMu
kami berlindung daripada lupa mengingati dan menyebut namaMu
serta berpaling daripada mensyukuriMu

Ya Allah
kami mohon padaMu
tunjukkanlah kami jalan yang lurus
tunjukkanlah kami agar sentiasa bersyukur kepadaMu
tunjukkan kami cara bersyukur yang benar.

Ya Allah
limpahkanlah kami
hati yang penuh kesyukuran
ucapan yang penuh kesyukuran
langkah yang penuh kesyukuran
kerana kami mengakui tanpa pimpinanMu
kami lemah
kami lalai
kami hina.

Ya Allah
hari ini kami mengakui
bahawa Engkaulah sebesar-besar Pemberi Kurnia
kami bersyukur Ya Allah
atas bumi yang Engkau hamparkan
atas langit yang Engkau tinggikan
atas gunung yang Engkau pancangkan
atas alam semesta yang Engkau bentangkan
atas bintang-bintang yang Engkau taburkan.

Ya Allah
Engkau sebaik-baik Pemberi Nikmat
Kau pancarkan sinar matahari
Kau tumbuhkan pepohonan
Kau hidupkan haiwan-haiwan.

Ya Allah
sungguh  kami sering lupa
mensyukuri hidup kami
mensyukuri waktu dan kesempatan kami
mensyukuri setiap helaan nafas kami
mensyukuri apa pun yang Engkau berikan.

Ya Rahman Ya Rahim
ajari kami untuk sentiasa mensyukuri
hal yang kecil dalam pandangan kami.

Ya Rabb
kabulkan segala doa permohonan kami

Dr Ari Ginanjar Agustian

No comments:

Post a Comment