Marilah kita rasakan Tuhan itu pelindung
marilah kita rasakan Tuhan itu penjaga
marilah kita rasakan Tuhan itu pengawal
marilah kita rasakan Tuhan itu pembela
marilah kita rasakan Tuhan itu penyelamat
marilah kita rasakan Tuhan itu segala-galanya.
cinta kepada Tuhan
rasa-rasa ini menjadikan kita
takut kepadaNya
rasa-rasa ini membawa kita
malu kepadaNya
rasa-rasa ini mendorong kita
merasa kuat denganNya
juga rasa-rasa ini mendorong kita
kerana Pelindung dan Pembela kita
Maha Gagah dan Berkuasa.
Siapa yang merasa seperti yang dikatakan
waktu seorang merasa ramai
di waktu ramai
bertambah lagi dirasakan damai
rasa-rasa inilah yang menjadikan kita merasakan
tiada kuasa lain selainnya
di hadapan Tuhan yang sama sahaja
di sinilah perlunya kita rasa berTuhan.
Rozita Normala bt Mohd Zain
Johor
No comments:
Post a Comment