Tabiat 6
Seorang lelaki menjual belon di
karnival kanak-kanak. Belon-belonnya berwarna merah, kuning, biru dan hijau.
Apabila jualannya lembap, dia akan melepaskan belon berisi helium ke udara dan apabila
kanak-kanak melihat ia naik tinggi, mereka ingin memilikinya. Mereka datang
kepada lelaki itu membeli belon dan perniagaannya maju semula. Dia mengulangi
strategi itu setiap hari.
Suatu hari dia berasa ada
seseorang menarik hujung jaketnya. Dia menoleh dan ternampak seorang budak
lelaki. Budak itu bertanya, kalau pakcik
lepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang juga?. Lelaki itu
menjawab, nak….bukan kerana warna belon
tersebut tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuatkan ia naik ke
atas.
Sikap dan kejayaan sentiasa
selari. Anthony Robbins menyatakan, The
mother of skills is repetation. Jujur dalam tindakan juga perlu kerana
memberikan kekuatan biarpun memberi kesusahan kepada diri sendiri.
Peraturan hidup mengikut logik
dan sunnah. Pastikan sikap yang anda pilih…….
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment