Tabiat 8
Kepercayaan mempunyai kuasa. Kuasa
memberi kekuatan untuk bertindak. Apabila berada di puncak kuasa, tiada apa-apa
lagi yang boleh menghalangnya. Kepercayaan ialah apa-apa panduan pendirian,
pernyataan, keyakinan atau keghairahan yang boleh memberikan makna dan arah
tujuan dalam kehidupan. Kepercayaan umpama sarapan yang terurus dan telah
diaturkan terlebih dahulu tentang tanggapan kita mengenai dunia. Kesimpulannya,
kepercayaan adalah seperti ketua kepada otak, yang memberi arahan untuk
bertindak dengan membawa kita ke arah matlamat dan memberikan jaminan untuk
mengetahui yang kita akan sampai ke sana .
Kepercayaan juga menentukan harga diri.
Seorang petani yang kepenatan
setelah bekerja seharian di ladangnya kembali ke rumah membawa pokok labu yang
masih kecil dan diletakkan di dalam balang kaca yang agak besar. Setelah itu
petani itu tidak mempedulikan pokok labu ini sehinggalah dia perasaan pokok
labu berkenaan tidak lagi mampu membesar. Saiz pokok labu itu sama dengan saiz
balang kaca. Sempadan itu membantut pembesarannya.
Manakala pada tahun 1950-an dan
1960-an, AS dan Soviet Union (Rusia)
berlumba-lumba untuk menakluki angkasa lepas. Soviet Union
melancarka satelit pertamanya, Sputnik ke orbit diikut Sputnik II yang membawa
seekor anjing bernama Laika. Pada tahun 1959, mereka melancar Luna I, kapal
angkasa yang dapat melepasi tarikan gravity bumi dan terbang ke bulan.
Kejayaan Soviet Union
membangkitkan kesungguhan Presiden
AS , John F. Kennedy untuk
menghantar manusia ke bulan. Pada 16 Julai 1969, roket Apollo II telah berlepas
dari Kennedy Space Center
bagi memulakan perjalanan fizikal sejauh 244 930 batu ke bulan. Empat hari
kemudian, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin Jr. menjejakkan kaki di atas permukaan
bulan dan disaksikan oleh 500 juta orang.
Neil Armstong berkata, ini adalah
langkah kecil untuk seorang manusia tetapi langkah gergasi untuk kemanusiaan.
Perjalanan mental yang berlegar-legar dalam fikiran John F. Kennedy dipancarkan
dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Mari kita lihat strategi anda
untuk meraih kejayaan, iaitu……..
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008
Setuju, kerana KITA adalah apa yang kita fikirkan.
ReplyDelete