Sunday, November 10, 2013

Anda tidak boleh menukar arah angin, tapi boleh menukar arah pelayaran

Hikmat 32

Bila anda belayar dengan menggunakan sampan layar atau kapal layar, angin datang dari berbagai arah, menyebabkan kapal layar anda terpesong dari pelabuhan. Anda sudah tentu tidak boleh menukar arah angin tetapi anda boleh menukar arah pelayaran, melencong ke arah lain seketika mengikut angin, namun akhirnya tetap sampai ke pelabuhan yang hendak dituju. Begitulah maksudnya – arah angin tak dapat anda ubah tetapi arah pelayaran boleh diubah seketika asalkan akhirnya sampai ke pelabuhan.

Takdir ketentuan Allah swt, tetapi kita manusia berhak untuk berusaha bukan menunggu dan menyerah pada takdir. Takdir sama sekali tak boleh dielak tetapi soalnya kita tidak tahu apakah takdir kita itu. Yang kita tahu ialah, kita mesti berusaha dengan penuh kesungguhan agar matlamat anda tercapai.

Biarpun arah perjalanan anda bengkang bengkok (memang begitulah sebenarnya), yang utama ialah anda mesti sampai ke matlamat. Jangan pedulikan berapa kali anda terpaksa melencong ke arah lain, asalkan anda kembali semula kepada keadaan asal dan tidak terbabas dari matlamat asal anda. Walau ke sana sini, terhempas ke kanan dan kiri, tak mengapa asalkan akhirnya anda sampai ke matlamat anda.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment