Wednesday, November 6, 2013

Untuk apa kapal dibina kalau hanya di pelabuhan

Hikmat 30

Untuk apa diri kita yang serba lengkap, serba kuat, dilahirkan untuk menang tetapi hanya berdiam diri, ibarat kapal di pelabuhan. Atau kita ini, makhluk yang sangat hebat tetapi hanya melakukan perkara-perkara kecil yang boleh dilakukan oleh makhluk yang tidak hebat. Sepatutnya, makhluk hebat mampu menghasilkan sesuatu yang hebat. Apalah gunanya kapal yang serba kuat, hebat, hanya melakukan kerja-kerja yang layak dilakukan oleh sampan kecil? Begitulah gambarannya.

Makna lain – apalah gunanya membina, menyiapkan satu pertubuhan atau perniagaan besar jika sekiranya ia tidak bergerak, tidak ada jualan yang hebat dan bakti yang hebat? Kapal dibina untuk meredah lautan menuju ke pelabuhan tertentu bukan terdampar berbulan-bulan di pelabuhan kecuali kapal tersebut mengalami kerosakan dan sedang diservis. Memang sesuatu yang pelik jika kapal yang sempurna akan berlabuh berminggu-minggu tanpa sebab di pelabuhan. Memang pelik jika kita manusia yang dilahirkan untuk menang, hebat, tidak melakukan sesuatu yang hebat dan besar, hanya menumpukan kepada perkara yang kecil dan mementingkan diri sendiri. Sia-sia dan mensia-siakan ciptaan Allah swt.

Wallahu a’lam.

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006

No comments:

Post a Comment