Wednesday, November 27, 2013

Tujuan hidup adalah hidup bertujuan


Hikmat 81

Bila orang bertanya apa tujuan hidup di dunia ini, maka jawapannya berbagai-bagai. Ada yang kononnya hendak berbakti, ada yang kononnya hendak mengumpulkan kekayaan dan sebagainya. Sebenarnya, tujuan hidup di muka bumi ini ialah hidup yang bertujuan. Itulah satu-satunya tujuan hidup. Hidup bertujuan menjadi tujuan hidup. Hidup tidak bertujuan hendaklah dihindari sama sekali.

Bila semua hanya mempunyai satu  nyawa sahaja sepanjang hayat kita. Jadi, mampukah kita mensia-siakannya? Tentu sekali tidak jika anda sayangkan nyawa dan kehidupan anda. Senang saja hendak mensia-siakan kehidupan anda – iaitu hidup tanpa tujuan – tidak ada apa-apa tujuan hidup. Hidup, makan, minum, terima seadanya dan mati. Itu saja. Tak jauh beza dengan haiwan.

Tujuan hidup ditetapkan sejak muda lagi. Bagaimanapun sentiasa belum terlambat untuk menetapkan tujuan hidup sekarang. Sebaik-baiknya semasa muda tetapi bagaimana jika telah terlepas? Manfaatkan masa yang ada. Sudah tentu tujuan hidup adalah tujuan yang membawa kebaikan kepada anda, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Hidup bertujuan adalah umpama peta yang dalam kehidupan. Tanpa peta sudah tentu boleh menyebabkan kita sesat dalam satu kawasan yang asing. Dengan adanya peta, walaupun tersesat, terbabas, boleh kembali semula kepada landasan asal.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006 

No comments:

Post a Comment