Wednesday, November 20, 2013

Kerajinan ada ganjarannya di masa depan, kemalasan ada ganjarannya sekarang

Hikmat 55

Selalunya jika kita rajin secara serta merta kita akan mendapat faedahnya. Faedah yang paling utama ialah rasa kepuasan dan kegembiraan. Orang yang rajin akan sentiasa gembira kerana manusia memang dilahirkan rajin, jadi bila rajin bermakna memenuhi kehendak semula jadi manusia. Ini yang menyebabkan kegembiraan dan kepuasan.

Hasil lain seperti kejayaan, keuntungan berkat kerajinan ada kalanya tidak diperolehi serta merta, selain selalunya boleh diperolehi dengan serta merta. Yang pasti, kerajinan ibarat anak benih yang ditanam – suatu hari nanti ia akan menjadi pokok yang mengeluarkan hasil. Jadi, kerajinan membawa keuntungan berganda – kalau tak sekarang akan datang, atau sekarang dan akan datang. Hasil berganda yang menguntungkan anda.

Kemalasan pula sangat pasti hasilnya. Hasil kemalasan boleh diperolehi serta-merta dan impaknya berganda-ganda sampai ke masa akan datang. Hasil serta merta yang dimaksudkan – resah gelisah, bermuram dan kehidupan yang semakin merudum. Rajin adalah fitrah semula jadi manusia. Jadi bila melanggar atau tidak memenuhi fitrah semulajadi tersebut akan menjadi resah gelisah tak tentu arah. Kehidupan juga makin merudum ke bawah kerana kehidupan yang meningkat memerlukan kerajinan yang berterusan, bukan kemalasan.

Impak besar masa depan pula – kehidupan sekarang gambaran masa depan. Hari ini sentiasa malas, adakah akan datang boleh memperoleh kehidupan seperti orang-orang yang rajin?

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment