Tuesday, November 26, 2013

Setiap orang berhak menjadi miskin


Hikmat 77

Setiap orang berhak menjadi kaya, dan sudah tentu setiap orang berhak menjadi miskin. Tapi nampaknya hak untuk menjadi miskin lebih ketara dan menyerlah kerana menjadi miskin sejuta kali lebih mudah dari menjadi kaya. Manusia lebih percaya menjadi miskin berbanding percaya menjadi kaya.

Kepercayaan memainkan peranan yang sangat besar sepanjang hayat. Sebab itu kita saksikan lebih ramai yang miskin berbanding yang kaya kerana kepercayaan. Lebih ramai yang percaya boleh miskin berbanding boleh kaya. Kepercayaan inilah yang dibawa seumur hidup menyebabkan berterusan miskin seumur hidup.

Miskin itu menyakitkan dan paling dihindari. Kerana semua orang berhak menjadi miskin, maka perlulah diarahkan ke arah lain hak tersebut. Alihkan kepada hak untuk menjadi kaya. Sebagaimana, setiap manusia berhak menjadi miskin, mengapa tidak dimanfaatkan hak untuk menjadi kaya? Jika kekayaan dan kejayaan yang dikehendaki, mengapa mengusahakan kemiskinan? Mengapa diketengahkan hak untuk miskin dan ditenggelamkan, dilupakan hak untuk kaya. Ketengahkan hak untuk kaya untuk menenggelamkam hak menjadi miskin.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment