Hikmat 84
Orang yang bergelumang, bergaul dengan kejahatan pasti akan terkena juga
suatu hari nanti. Terkena maksudnya, bergantung pada pergaulan. Bergaul dengan
penipu, pasti akan kena tipu suatu hari nanti. Rapat dengan penfitnah, pasti
akan terkena fitnah juga suatu hari nanti.
Jadi, sekali lagi, jangan cari fasal – jangan menyimpan ular di dalam poket
walaupun ular itu jinak. Jangan bergaul dengan keburukan yang merbahaya
walaupun tidak kelihatan bahaya tersebut. Banyak kejadian tragis masa lalu yang
perlu dijadikan iktibar. Misalnya, pemain ular pernah mati dipagut ular. Pemain
buaya pernah putus tangan dibaham buaya. Kesemuanya terjadi semasa dalam
keadaan tidak terduga. Ular yang disahkan jinak, tanpa diduga memagut dan
membunuh tuannya. Lalai, tidak sentiasa waspada akhirnya terkena.
Begitulah juga dengan tidak terduga, di luar jangkaan anda, suatu hari
pasti akan terkena jika diteruskan bergelumang. Jadi sebelum terkena, ketika
masih sedar, hentikan segera. Jika tidak dihentikan sekarang, pasti akan hanyut
dan kena pagut dalam keadaan tidak terduga sama sekali.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment