Tabiat 3
Najmil Faiz, 26 tahun seorang
yang tabah untuk mencapai cita-citanya. Pada 14 Mac 2005, beliau membentangkan
hasil kajian selama 15 minit di hadapan
anggota Parlimen United Kingdom, London kerana diberi penghormatan dan
pengiktirafan atas kajian Micro Machine
Process dan memenangi anugerah The
Best Research of Good Prospect (2005).
Beliau berasal dari Ipoh Perak
dan mendapat pangkat tiga dalam SPM. Beliau pernah bekerja di stesen minyak.
Ketika berada di persimpangan hidup antara belajar dan bekerja, dia mula
mengatur strategi untuk belajar. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat
diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat Johor.
Pada tahun 2000, beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda
Kejuruteraan dan seterusnya ijazah kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan
di Leeds, UK .
Tesis pengajian PhD beliau ialah Surface Functionality: Medelling, Simulation,
Optimization and Control.
Kejayaan Najmil Faiz bukanlah
dengan jalan mudah. Agenda pendidikannya sangat besar. Beliau bangkit daripada
kegagalan; dipandang rendah kerana menjadi pekerja stesen minyak, lemah dalam
bahasa Inggeris dan bukannya daripada keluarga yang senang. Beliau berpegang
pada peribahasa Cina, Menyimpang seinci
rugi seribu tahun. Kegagalan adalah pembakar semangat dan kaunselor yang
terbaik. Bagi beliau, kegagalan membuatkan dirinya sentiasa berfikir kea rah
mana hala tuju kehidupannya.
Ekoran kecewa kerana mendapat
purata nilaian gred keseluruhan (CGPA) 2.2 selepas dua tahun belajar diploma,
beliau memulakan azam untuk memenuhi impian terbesar dalam hidupnya. Di UK ,
beliau bertungkus lumus bekerja sambil belajar, tidur dua atau tiga jam sehari.
Semua kerja dilakukan, dari mencuci bangunan hinggalah mengangkat
barang-barang. Semua itu dilakukan untuk menampung kos pengajiannya. Kejayaan
mendapatkan ijazah kedoktoran dalam usia yang muda sangat membanggakan.
Antara anugerah yang diperolehi
Najmil ialah Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang, Anugerah Akademik Gemilang
dan Anugerah Personaliti Bitara. Kini beliau berbangga kerana dapat meberi
inspirasi kepada rakyat Malaysia
yang dahagakan kejayaan melalui buku autobiografi dan motivasi yang bertajuk Meniti Puncak Realiti dan Fantasi yang
menyingkap pelbagai pengalaman, susah payah dan keazamannya untuk berjaya.
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment