Hikmat 54
Sejauh mana anda fikirkan, sejauh itulah ketakutan boleh pergi. Ketakutan
hanya sejauh pemikiran. Minda yang memikirkan takut akan mencipta ketakutan.
Kalau minda mencipta ketakutan itu jauh, besar maka besar dan jauhlah ketakutan
itu.
Kesimpulannya mudah saja, takut hanya mainan minda. Sebahagian besar dari
takut adalah ciptaan dan mainan minda sahaja. Hanya sebahagian kecil saja ia
benar. Namun majoriti mausia memilih yang permainan minda. Ketakutan terjadi
kerana minda mengizinkan diri takut. Ketakutan mejadi besar kerana minda
mengizinkan dan mencipta ketakutan yang besar dan sampai begitu jauh.
Mengatasi ketakutan ada 2 cara. Pertama, berkaitan dengan minda. Hentikan
minda anda dari memikirkan tentang ketakutan. Secara automatik ketakutan pun
akan berhenti. Benarkah semudah itu? Caranya memang begitu, namun apa saja
perkara pelaksanaannya bukan mudah. Berhenti dari memikirkan ketakutan memang
boleh menghentikan ketakutan itu sendiri. Alihkan saja minda anda ke arah
memikirkan kebaikan, kegembiraan yang pernah dialami sebelum ini. Bila
mengalihkan pemikiran begitu ia seumpama mengisi air jernih ke dalam gelas yang
berisi denga air kotor. Air dalam gelas itu akan berganti dengan air bersih.
Ibaratkan air yang kotor itu sebagai ketakutan dan air yang bersih itu sebagai
kebaikan kegembiraan masa lalu.
Cara kedua, seperti yang selalu anda dengar selama ini. Lakukan apa yang anda takuti. Lupakan
ketakutan dan lakukan apa yang anda takuti. Lupakan ketakutan dan lakukan
segera, tanpa bertangguh. Dengan serta merta, ketakutan itu hilang. Anda
mungkin tidak mempercayainya. Melainkan anda melakukan, barulah anda mempercayainya.
Mulakan dengan ketakutan kecil terlebih dahulu, kemudian meningkat kepada
ketakutan yang besar-besar. Anda akan merasai kelegaan dan keseronokan yang
bukan kepalang bila berjaya mengatasi ketakutan selama ini.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment