Sunday, November 17, 2013

Ingat! Diri anda lebih hebat

Tabiat 14

Iktibar 1 :

Syaqiq al-Balkhir, seorang ahli sufi yang masyhur telah membeli sebiji tembikai  di pasar. Beliau membawa balik tembikai itu ke rumah dan dihadiahkan kepada isterinya. Kegirangan isteri Syaqiq menerima tembikai ini disambut dengan senyuman lalu dibelah buah berkenaan untuk dimakan bersama. Ternyata isi tembikai yang baru dibeli itu tidak elok, lalu marah-marahlah si isteri.

Melihat keadaan itu, Syaqiq bertanya; Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli atau pencipta buah tembikai ini? Bagi si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli juga barangan yang terbaik. Bahkan penanamnya pun berharap hasil tanaman yang diusahakannya adalah yang terbaik. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada pencipta buah tembikai. Bertakwalah engkau kepada Allah dan redalah segala ketentuanNya.

Isteri Syaqiq yang mendengar tiba-tiba menangis, menyesal dan bertaubat. Reda dengan ketentuan Allah swt.

Iktibar 2 :

Pada suatu hari rasulullah saw berjalan bersama-sama puteri baginda, sayidatina Fatimah ra. Setiba  mereka di bawah pokok kurma, Fatimah terpijak pokok semalu, kakinya berdarah lalu mengaduh kesakitan. Fatimah mengatakan kepada baginda, apalah gunanya pokok semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah saw dengan tenang berkata kepada puteri kesayangan baginda itu bahawasanya pokok semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah saw menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat perkara:
a) Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
b) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita.
c) Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehan hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbulalamin.
d) Semalu akan kucup dengan sendirinya apabila menjelang senja. Oleh itu wanita perlu kembali ke rumah apabila waktu semakin senja.

Dalam diri anda terkumpul semua sumber kekuatan. Tidak ada sebab kenapa anda tidak boleh menjadi lebih hebat daripada rakan-rakan anda yang telah berjaya kerana anda sememanganya mempunyai cukup kekuatan untuk mengalahkan mereka.

Wallahu alam.

19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008

No comments:

Post a Comment