Hikmat 75
Semalam adalah milik semalam, hari ini adalah hak hari ini. Jangan milik
semalam menghuni dan mengambil hak hari ini. Bagaimanapun, jika semalam
cemerlang, biarlah kecemerlangan semalam mempengaruhi hari ini. Bagaimana pula
jika semalam teruk? Mahukah anda membawa semalam yang teruk mengambil hak hari
ini? Jangan semalam yang teruk menghuni dan merosakkan hari ini. Anda hanya
mempunyai 1 hari seperti ini seumur hidup anda, jadi ia adalah sekali seumur
hidup. Mampukah anda mensia-siakan?
Setiap hari adalah hari baru, peluang baru, harapan baru. Mengapa mesti
disia-siakan dengan membawa semalam yang tidak cemerlang mencuri hari ini yang
dijangkakan cemerlang? Bukankah cara terbaik ialah mengusahakan hari in,
barulah boleh menemui kecemerlangan.
Jangan sia-siakan hari ini. Gunakan sebaik-baiknya kerana anda tidak akan
tahu mungkin hari ini adalah yang terbaik sekali seumur hidup anda! Mahukah
anda menjadikan hari ini hari yang terburuk sekali dalam seluruh kehidupan
anda?
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment