Hikmat 95
Memang tersedia bahagian untuk
yang menunggu tetapi ganjaran itu dalam bentuk saki baki dan tulang. Daging
telah dibaham oleh yang rajin mencari bukan rajin menunggu. Tak ubah seperti
singa dengan dubuk.
Singa rajin mencari buruan,
menggerakkan minda dan fizikal untuk mencari buruan. Tetapi dubuk tidak rajin.
Kumpulan dubuk hanya menunggu sahaja saki baki atau sisa dari singa. Memang
dapat makanan tetapi hanya saki baki dan sisa sahaja.
Alah biarlah…biar apa nak
terkejar-kejar. Cukuplah apa yang ada. Ulat dalam batu pun boleh hidup. Biasa
mendengar kata-kata begitu? Selalunya kata-kata tersebut disuarakan oleh orang
yang pemalas dan kecewa. Kata-kata sebegitu selain merosakka diri sendiri, ia
juga merosakkan mereka yang mendengar. Biasanya yang mendengar ialah
sahabat-sahabat. Jadi benar atau tidak, di sebalik sahabat selalunyan ada
musuh. Bukan memusuhi anda dengan perbuatan tetapi memusuhi dengan kata-kata
yang boleh merosakkan anda.
Kalau benatr tidak payah bersusah
payah mencari apa yang sepatutnya dicari, untuk apakah segala rupa kelengkapan
yang Allah swt berikan kepada kita ini? Adakah hanya sekadar untuk menjadi
seperti ayam? Menunggu masa untuk disembelih. Rasanya ayam lebih mulia dari
matahari terbit hingga matahari terbenam sentiasa berusaha mencari rezeki.
Kadang kadang kita perlu terasa malu dengan ayam.
Begitulah memang hanya sisa dan
saki baki untuk mereka yang suka dating lambat. Mengapa tidak mahu datang cepat.
Datang cepat bukan bermakna terkejar-kejar tetapi adalah menghargai masa.
Bandingkan restoran yang buka lebih awal berbanding dengan restoran yang dibuka
lebih lewat. Memang aka nada pelanggan yang dating ke restoran yang buka lambat
tetapi adalah saki baki pelangan sesudah makanan di restoran yang buka awal
habis.
Mengapa mesti datang lewat?
Mengapa mesti hanya menunggu? Itulah soalan-soala yang perlu diajukan pada diri
sendiri. Yang mana akhirnya nanti, jawapannya adalah alasan semata-mata.
Alasan untuk menutupi rasa malas. Sejak purbakala, malas memang perosak
kehidupan. Jadi mengapa diamalkan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment