Hikmat 97
Di sisi Allah swt
kita diukur dari segi keimanan dan amal ibadat. Di sisi manusia lain, kedudukan
kita diukur dari segi harta kekayaan. Kedua-duanya amat penting, namun keimanan
dan amal ibadat kepada Allah swt lebih utama dari pandangan manusia.
Bagaimanapun hendaklah kita ingat bahawa kita hidup di kalangan manusia dan
dalam masa yang sama kita mempunyai hak untuk meningkatkan kehidupan diri.
Bahkan peluang untuk meningkatkan hidup memang terlalu banyak. Hanya selalunya,
malas, tidak yakin, cepat putus asa menjadikan lebih rela tenggelam di dalam
kemiskinan.
Bukan ia kehendak kita kerana
kita memandang manusia sama saja, ada kelebihan dan juga ada kekurangan. Setiap
manusia sama penting. Akan tetapi, ini adalah pandangan manusia di sekeliling
kita. Mereka telah mencipta hokum sendiri, hokum manusia yang dirasakan tidak
adil tetapi telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu – orang yang miskin,
melarat sentiasa dipandang hina. Kita semua tidak setuju tetapi ia telah
diterima pakai dengan meluasnya. Mahu atau tidak mahu terpaksalah kita mengikut
hokum yang ,menyakitkan hati. Kita mesti berusaha mati-matian supaya kita tidak
melarat. Peluang untuk mengelakkan diri dari menjadi melarat memang sentiasa
ada. Cuma malangnya selalunya, peluang tersebut tidak pun dipandang sebelah
mata? Mengapa? Kerana ditutupi oleh rasa malas.
Hina besi kerana karat. Bila
berkarat ia akan kelihatan buruk. Sesuatu yang buruk memang tidak disukai.
Manusia yang miskin, melarat juga kelihatan buruk. Sudah tercatat hokum ciptaan
manusia – yang buruk akan dipandang hina. Melainkan segala karat yang buruk itu
dikikis, barilah Nampak berkilat, cantik. Biasanya mengikut keadaan masa lalu,
yang cantik itu akan didsukai dan disanjung. Yang lebih menguntungkan anda
peluang untuk berkilat itu sentiasa tersedia. Peluang untuk hidup senang, kaya,
sebanyak mana, sebesar mana sekalipun memang sentiasa tersedia. Kalau peluang
sudah tersedia untuk meningkatkan kehidupan, setinggi mana sekali pun, siapa
yang bersalah kalau hidup melarat, terhina sepanjang masa? Mengapa tidak
digunakan peluang itu untuk mengilatkan hidup.
Tindakan mesti segera. Jangan
hendaknya sampai tenggelam di dalam kemiskinan dan kehinaan. Bila telah terlalu
lams dalam kemiskinan dan kehinaan, tenggelam akhirnya tidak terasa apa lagi.
Ia telah menjadi imun atau kebal hingga tidak lagi mampu membezakan antara
melarat, senang, berkarat, berkilat. Masa sentiasa ada, apa kata mulai saat ini
gunakan masa yang tertinggal itu untuk membina kehidupan yang lebih baik.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment