Hikmat 53
Gagal ditakuti, akhirnya akan terus tenggelam dalam kegagalan. Gagal tidak
perlu ditakuti, sebaliknya mesti dihadapi dengan penuh keberanian. Bahkan tak
perlu keberanian, asalkan anda sanggup menghadapi kegagalan, anda tidak akan
tenggelam di dalam kegagalan.
Sebenarnya tidak ada istilah berani gagal. Istilah sebenarnya ialah sanggup gagal. Anda sanggup menghadapi
kegagalan barulah anda beroleh kejayaan kerana kegagalan jika di tidak atasi
akan membawa kepada kegagalan.
Sanggup atau tidak, berani atau tidak, bila anda melangkah, pasti akan
menemui apa yang ditakuti itu. Jadi, apa faedahnya takut, sedangkan takut
itu memang ada di hadapan kita. Percayalah, takut akan beralih ke tepi jika
anda sanggup meredahnya. Mana satu pilihan anda? Tenggelam dalam kegagalan atau
bertindak mengalih kegagalan tersebut. Sekali anda tenggelam, anda akan terus
ditenggelamkan, bahkan ada kalanya sampai ke akhir hayat. Sepanjang hayat
tenggelam dalam kegagalan hanya kerana tak mahu, tak sanggup menghadapi
kegagalan.
Lakukan sahaja – takut akan beralih ke tepi. Takut pada kegagalan,
selamanya akan tenggelam dalam kegalan.
Wallahu alam
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006
No comments:
Post a Comment