Tuesday, November 19, 2013

Menyimpang seinci, kerugian seribu batu.


Hikmat 49

Orang yang memasang jubin biasanya orang yang berpengalaman dan tahu menilai betapa besarnya nilai seinci bahkan nilau hun. Jika hanya seinci atau satu hun menyimpang pada permulaan atau pertengahan, dihujungnya akan menyimpan jauh dari matlamat sebenar. Pasti kedudukannya akan menjadi senget. Pasti akan kerigian kerana kerja begitu tidak akan dibayar atau akan disuruh membongkar semula. Begitulah contoh menyimpang seinci kerugian seribu batu. Sedikit saja menyimpang, melencung, pada permulaan, akan jauhlah menyimpang dihujung sana, beribu-ribu kali ganda.

Persamaaannya dalam kehidupan harian kita? Seandainya kita menyimpang sedikit sahaja, akan menyimpang jauh sangat di penghujung sana (matlamat kita). Kalau misalnya boleh mendapat 100, hanya mendapat 10 atau 1 atau 0. Inilah yang dikatakan, perkara kecil membawa perubahan besar.

Jadi, jangan sekali-kali menyimpang dari matlamat asal. Jika terkeluar dari landasan, masuk balik ke dalam landasan, kerana sedikit saja menyimpang dari landasan, impaknya besar sekali di penghujung sana.

Orang yang bijak akan sentiasa menyediakan checkpoint dalam bentuk tarikh. Pada tarikh tersebut akan diperiksa sama ada sedang mendekati atau menjauhi matlamat. Masih berada di landasan atau sudah terkeluar dari landasan. Sebelum menyimpang lebih jauh, orang yang bijak akan segera kembali, masuk semula ke dalam landasan. Kerugiaan yang sangat besar terjadi hanya kerana menyimpang sedikit saja pada masa kini.

Wallahu alam

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat, 2006

No comments:

Post a Comment