Hikmat 29
Dalam diri setiap manusia ada
takut. Bezanya, sama ada takut itu besar atau kecil, banyak atau sedikit. Kita
mempunyai takut dan malangnya ia bukan harta, sebaliknya ia adalah pemusnah
diri. Selagi anda memiliki selagi itulah dikatakan hidup dikawal oleh takut.
Takut telah menguasai kehidupan. Hendak melakukan apa saja sama ada yang kecil
atau besar takut atau lebih dulu
menentukan sama ada boleh dibuat atau sebaliknya. Pendek kata apa saja
kebaikan yang hendak dibuat semestinya dimulakan dengan takut. Pendek kata –
akhirnya tidak ada yang boleh dibuat kerana hidup dikawal dan ditentukan oleh
rasa takut. Itukah kehidupan? Itu bukan kehidupan kerana kehidupan mesti
berwarna-warni. Kehidupan yang dikuasai oleh takut hanya satu warna sahaja
iaitu gelap.
Hanya bila kita kehilangan harta
yang menyusahkan ini barulah kita akan dapat menikmati kehidupan yang singkat.
Barulah kita akan mampu berbuat bakti yang akan ditinggalkan bila kita telah
tiada nanti. Soalnya, mengapa mesti dikuasai oleh takut? Mengapa membenarkan
takut menguasai diri? Mengapa agaknya begitu menyukai dan menyanjung takut
hingga ia menguasai diri? Kalau perkara yang telah dikenal pasti merosakkan
diri sepanjang hayat, mengapa mesti membenarkan ia terus menguasai diri?
Pada kebanyakkan orang, takut itu
hanya gambaran sahaja. Minda mencipta gambaran demi gambaran buruk yang akan
terjadi jika melakukan perkara yang ditakuti itu. Itulah sebenarnya kesilapan
besar. Sepatutnya menggambarkan apakah
keuntungan dan faedah yang bakal diperolehi, bukan keburukan yang bakal
menimpa. Bagaimana boleh kita tahu keburukan itu bakal menjadi sedangkan kita
belum pun melaksanakannya. Benarkah ia akan terjadi atau hanya rekaan fikiran?
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment