Tabiat 1
Menurut John C. Maxwell, definisi
kejayaan tidak pernah sama kepada dua orang…bagaimanapun proses ke arah itulah
yang sama pada setiap orang. Kajian Gallup dalam majalah Success mendapat, kejayaan ialah kesihatan yang baik, manakala 75
peratus lagi berpendapat yang lain. Kita hanya menilai kesihatan suatu
keutamaan selepas mendapat masalah pada jantung, pancreas dan buah pinggang!
Namun dengan kesihatan yang baik, apakah kejayaan telah dicapai?
Contohnya Bill Gates, beliau
adalah pengasas dan pengerusi Microsoft Corporation. Impiannya untuk melihat
semua kerja dilakukan tanpa banyak kertas. E-mel dimaksimumkan penggunaannya,
berbanding telefon, dokumen, blog, papan kenyataan ataupun mesyuarat. Ini
membolehkan keputusan dibuat dengan lebih cepat.
100 e-mel diterima dan ditapis
mengikut keutamaan. 90 peratus maklumat dan berita diperolehi menerusi talian
internet. Dalam tempoh tertentu, beliau akan bercuti seminggu untuk membaca
lebih daripada 100 kertas kerja daripada kakitangannya yang berkaitan dengan
isu-isu syarikatnya dan cuba
memikirkan teknologi pada masa hadapan.
Satu-satunya alat teknologi lama
yang masih ada di pejabatnya ialah papan putih yang digunakan untuk sesi
perbincangan sesama rakan-rakannya. Impian Bill Gates ialah mempunyai sebuah
papan putih pintar bercirikan tablet PC yang digunakannya sekarang.
Bill Gates telah membuat revolusi
besar dalam era teknologi maklumat dengan mengurangkan penggunaan kertas
sebaliknya menjadikan industri tenaga elektrik lebih berkuasa. Sekiranya semua
kemudahan elektrik tidak dapat berfungsi akibat bencana alam, Microsoft akan
menghadapi masalah besar dalam operasi mereka!
Setelah anda mendapat mesej untuk berubah, tindakan anda seterusnya
ialah……..
Wallahu alam.
19 Tabiat Kuasa Perubahan
Zahir Zainudin & Amaludin Ab Rahman, 2008
No comments:
Post a Comment