Tuesday, November 5, 2013

Kunci kecil pembuka pintu besar

Hikmat 26

Saiznya kecil tetapi mampu membuka pintu yang saiznya besar. Jadi, lain kali, jangan pandang dan anggap ringan kepada sesuatu yang kecil. Bahkan yang kecil, yang tidak disangka-sangka itulah selalunya mampu untuk mengubah keadaan yang besar. Dongeng Singapura dlanggar todak boleh dijadikan contoh – di mana mengikut dongeng tersebut, penyelesaian masalah besar serangan ikan todak dapat diselesaikan oleh kanak-kanak kecil.

Kewangan, usaha, kesilapan, kejayaan, peluang walaupun jika sekiranya ia kecil jangan sekali-kali dipandang kecil atau ringan kerana mungkin itulah yang sangat anda kehendaki selama ini. Ia ibarat objek seperti kunci yang mampu untuk membuka pintu yang saiznya beribu kali ganda.

Ramai yang menyesal kerana selalunya terlepas pandang terhadap perkara yang kecil, kalaulah sebelum ini saya tak pandang ringan……kalaulah…..Jangan lagi diulangi kesilapan orang lain. Kalau orang lain memandang ringan kepada perkara kecil, anda tak perlulah mengikut jejak langkah mereka. Setiap sesuatu, besar atau kecil seniasa ada kelebihan dan hikmah tersendiri.

Ramai yang memandang ringan kepada kesilapan kecil yang dilakukan. Ingatlah kesilapan kecil, jika dikumpulkan ia akan menjadi besar dan sangat besar hingga menenggelamkan anda sepanjang hayat. Kesilapan kecil mudah sangat diatasi kerana ia masih lagi kecil – sangat mampu untuk diatasi berbanding jika ia mula membesar dan sesudah sangat besar.

Kesilapan, selain idea, kewangan, usaha, peluang – walaupun ia kecil, tanpa disedari ia membuka pintu kejayaan yang besar. Kerana itulah kita perlu belajar dari kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan tanoa kita mengabaikan kesilapan-kesilapan yang kecil. Jangan hanya menberi perhatian kepada kejayaan besar dan kecil pada masa lalu- beri perhatian serius kepada kesilapan-kesilapan kecil

Wallahu a’lam.

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006

No comments:

Post a Comment