Firman Allah swt: .....anak-anak muda
lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya...) (Al-Waqi’ah:17)
Makna dan rahsia ayat di atas adalah sebagai berikut: Sesungguhnya
anak-anak orang beriman yang meninggal dunia sebelum baligh akan dikekalkan di
dalam syurga sebagai kanak-kanak yang disenangi dan disayangi sebagaimana
selayaknya dengan syurga.
Mereka juga akan menjadi punca kegembiraan abadi di dalam dakapan ibu bapa
mereka yang dapat memasuki syurga. Mereka juga akan menjadi jaminan kepada
perasaan kasih sayang abadi bagi kedua ibu bapa iaitu perasaan kasih sayang
terhadap anak-anak serta bermanjaan dengan mereka.
Oleh kerana semua perkara yang lazat terdapat dalam syurga, maka tidak
benarlah pendapat mereka yang mengatakan bahawa tiada tempat bagi kasih sayang
terhadap anak-anak dan bermanjaan dengan mereka, dengan alasan kerana tiada
proses kelahiran dan proses penerusan zuriat di dalam syurga.
Tetapi di dalam syurga terdapat kejayaan besar dengan sebab kasih sayang
terhadap anak-anak dan bermanjaan dengan mereka sepanjang jutaan tahun tanpa
diselaputi oleh sebarang kesakitan atau kekeruhan, jika dibandingkan dengan
kasih sayang dan bermain-main dengan mereka dalam tempoh sepuluh tahun di dunia
yang singkat dan diselubungi dengan pelbagai kesakitan.
Semua perkara ini dikelaskan oleh ayat tersebut. Ayat ini menjadi paksi
terbesar yang membawa kebahagiaan dan khabar gembira kepada orang-orang yang
beriman.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment