Monday, November 4, 2013

Mencari lilin lebih baik dari merungut dalam gelap

Hikmat 24

Lebih ramai manusia yang suka merungut, mengeluh, mencaci-cerca berbanding bangun dan mula mencari lilin atau pelita atau apa saja yang boleh memberikan cahaya. Hakikatnya begitulah keadaan sebenar pada hari ini di mana bila keadaan tidak seperti yang diharapkan, ramailah yang merungut, mengeluh, menyalahkan orang lain, keadaan dan mencaci-cerca, berbanding yang bangun dan cuba untuk mengubah keadaan menjadi lebih baik. Saksikan sendiri di sekeliling kita.

Soal utama di sini – adakah merungut, menyalahkan orang lain, mencaci cerca, marah-marah mampu merubah keadaan? Mampu mengubah dari gelap kepada terang? Biasanya, keadaan akan lebih gelap lagi jika ditambah dengan merungut-rungut. Kalau sudah tahu ia akan hanya membawa kepada kegelapan mengapa terus dilakukan? Mengapa tidak bangun saja, tanpa perlu merungut-rungut, membebel, marah-marah – terus mencari penyelesaian! Itu yang mengubah keadaan bukan sebaliknya.

Keadaan tidak terjadi dengan sendirinya. Ada penyebab dan penyelesaian. Bila gelap, ada sebabnya dan ada penyelesaiannya. Cari penyelesaian jangan cari kegelapan yang lebih gelap.

Wallahu a’lam.

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006

No comments:

Post a Comment