Hikmat 25
Bagaimana sudut pandangan anda
terhadap pekerjaan itulah yang menentukan sama ada kerja itu beban atau
keseronokan. Majoriti akan menganggap bahawa kerja itu adalah beban dan
terpaksa dilakukan kerana sudut pandangan diarahkan kepada beban. Kerja dianggap
beban kerana itu ia sentiasa membebankan. Sikap yang baik, menganggap kerja
sebagai ibadah akan menjadi keseronokan kerana dapat beribadah, berbakti setiap
hari.
Jika disukai, ia akan menjadi
cemerlang dan bukan lagi dianggap sebagai rutin. Biasanya yang disukai disebut
sebagai hobi. Jika anda boleh
menganggap bahawa kerja adalah sebagai hobi, maka tidak ada masalah anggapan
bahawa kerja adalah beban. Sesuatu yang menjadi hobi adalah sesuatu yang
disukai.
Namun ramai yang salah anggap.
Jika kerja dianggap sebagai hobi, maka bolehlah melakukannya sambil lewa, hanya
bila lapang. Itu satu lagi anggapan yang keliru. Bukan itu maksudnya, sebaliknya
menganggap hibi adalah bermaksud menyukai.
Bahkan istilah menyukai tidak sesuai – ia lebih dari itu. Menyintai lebih sesuai. Bila seseorang menyintai pekerjaannya, dia
akan seronok melakukan.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment