Sunday, November 3, 2013

Wang kerap dilihat, jarang digenggam


Hikmat 21

Benar begitu? Memang benar 100 peratus. Ramai yang melihat dan bercakap mengenai wang, tetapi tak ramai yang menggenggam wang. Melihat, bercakap, memegang tetapi akhrirnya terlepas semula, tak sempat digenggam. Atau sekadar lalu di tangan.

Hari ini, suasananya memang begitu. Lebih ramai yang bercakap mengenai wang dan menjadi jutawan. Lebih ramai yang bercakap mengenai wang segera hakikatnya kebanyakkan miskin segera. Mengapa begitu sekali? Kerana masalah asas – perdapatan kurang dari perolehan.

Hendak mengubah suasana sekitar seperti inflasi, kenaikan mendadak keperluas asas adalah mustahil, jadi kalau anda hendak mengenggam wang, hendaklah mengubah diri – memperoleh pendapatan lebih dari perbelanjaan. Ia hendaklah digabungkan dengan sikap berjimat cermat. Gabungan memperolehi pendapatan lebih dari perbelanjaan dengan sikap berjimat cermat membolehkan anda mengenggam wang.

Namun, kedua-dua perkara tersebut memang sukar dilaksanakan. Tidak semua orang boleh berjimat cermat. Lebih ramai yang suka membelanjakan berbanding menyimpan. Tak ramai yang mampu berusaha memperolehi pendapatan melebihi perbelanjaan, sebaliknya lebih ramai yang suka merungut-rungut dan mengeluh. Soalnya, pendapat, rungutan, keluhan itu – mampukah mengubah keadaan. Dengan merungut-rungut, termenung mampukah wang digenggam?.

Wallahu a’lam.

Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006

No comments:

Post a Comment