Hikmat 3
Senyum dalam gelap membawa maksud
keengganan untuk menonjolkan kebolehan yang ada dalam diri. Kebolehan itu hanya
disimpan tidak diketengahkan. Sepatutnya diketengahkan untuk membantu kejayaan
diri, tetapi atas sebab tidak yakin dan takut, lebih rela senyap tanpa
mengetengahkan kebolehan tersebut. Akibatnya? Kebolehan tersebut tersimpan
begitu sahaja, tidak dapat digunakan untuk membantu kejayaan diri. Hanya jika
sanggup keluar dari gelap, barulah kebolehan itu mampu digunakan untuk membantu
kejayaan diri. Jika tidak sanggup, kekallah ia di dalam gelap.
Anggap ia sebagai misi untuk
orang ramai barulah anda keluar dari dalam gelap. Anda mempunyai misi yang
besar iaitu mahu membantu orang ramai dengan kebolehan anda. Bila anda membantu
orang ramai, secara automatik anda membantu diri anda sendiri. Keluar dari
gelap, sinari masyarakat dengan kebolehan anda!
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment