Wahai pesakit yang beriman kepada
Allah swt! Sesungguhnya sebab timbulnya rasa kesakitan, perasaan ketakutan dan
gundah gulana akibat penyakit adalah kerana sesuatu penyakit kadang-kadang
boleh membawa kepada kematian dan
kemusnahan. Bahkan, menurut pandangan mereka yang lalai, kematian pada zahirnya
merupakan sesuatu yang amat menakutkan dan menggerunkan. Oleh itu, penyakit
yang mungkin menjadi sebab kematian itu menyebabkan seseorang berada dalam
keadaan bimbang dan keluh kesah. Oleh itu, hendaklah kamu mengetahui:
Pertama: Berimanlah dengan penuh
keyakinan. Sesungguhnya sesuatu ajal telah ditetapkan. Ia tidak akan berubah.
Telah banyak kali berlaku, orang-orang yang menangisi pesakit yang sudah dalam
keadaan nazak. Lebih dahulu mati daripada orang yang mereka tangisi itu,
sedangkan mereka memiliki kesihatan yang amat baik. Tetapi orang yang ditangisi
kerana penyakit yang boleh menyebabkan kematian itu disembuhkan oleh Allah lalu
dapat hidup lebih lama.
Kedua: Kematian itu tidaklah
menakutkan. Sebagaimana yang kelihatan kepada kita pada zahirnya. Dalam banyak
risalah dan juga melalui wahyu Al-Quran, telah dibuktikan dengan jelas tanpa
meninggalkan sebarang keraguan dan kekeliruan bahawa:
Kematian bagi seseorang mukmin
adalah pelepasan dan berakhirnya taklif bebanan daripada tugas kehidupan dan
kesulitannya. Ia juga adalah pembebasan dari ubudiyah yang merupakan proses
pembelajaran dan latihan di medan
dunia yang dipenuhi dengan bala bencana.
Kematian juga adalah pintu untuk
menemui sembilan puluh sembilan kekasih dan teman rapat yang telah pergi
terlebih dahulu ke alam akhirat.
Kematian juga adalah cara untuk
memasuki halaman tanahair yang hakiki serta tempat tinggal abadi bagi
memperolehi kebahagiaan yang kekal.
Kematian juga adalah seruan untuk
berpindah daripada penjara dunia kepada taman-taman dan kebun-kebun syurga.
Kematian juga adalah peluang yang
baik bagi menerima balasan daripada perkhidmatan yang telah dilaksanakan.
Balasan yang akan dihamburkan dengan penuh kemurahan daripada khazanah
kelebihan dan kebaikan Allah Yang Maha Mencipta lagi Maha Mengasihani.
Oleh kerana demikianlah keadan
kematian dari sudut hakikat, maka tidak sepatutnya ia dilihat sebagai sesuatu
yang amat menakutkan. Bahkan wajib kita menganggapnya sebagai berita gembira
untuk memperolehi rahmat dan kebahagiaan. Sehinggakan ketakutan sesetengah wali
Allah bukanlah terhadap kematian yang gans dan dahsyat itu tetapi adalah kerana
mereka masih ingin memperolehi dan membuat lebih banyak kebaikan dan kebajikan
dengan melanjutkan tempoh masa mereka boleh meneruskan tugas kehidupan.
Ya! Memang kematian bagi ahli
keimanan ialah pintu rahmat. Tetapi bagi ahli kesesatan, ia adalah perigi gelap
yang abadi.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment