Esei 25
Kebanyakkan perkara lain dalam
kehidupan, kemiskinan bermula daripada dalam minda; corak minda yang tidak
sedar pada semua kemungkinan potensi dalaman dan luaran. Marilah kita lepaskan
diri daripada kongkongan lubang tikus yang kecil, tinggalkan tapak semaian yang
tandus dan lompatlah mengatasi pagar ke arah tanah yang serba subur dan mewah!.
Amalkan perkara-perkara berikut :
a) Ini adalah alam semesta yang
dipenuhi dengan pelbagai peluang yang tidak ada hujungnya dan yang melimpah
ruah di mana sahaja.
b) Kehidupan ini penuh dengan
keseronokan dan limpahan rezeki yang baik apabila kita mempunyai pengamatan
yang positif terhadap kehidupan serta pendirian yang sentiasa proaktif.
c) Ianya adalah sebahagian
daripada tuntutan hak Tuhan yang Maha Pemberi untuk menjadi berjaya dan adalah
tanggungjawab kita untuk memperkayakan diri sendiri dan orang lain. Kejayaan
kita akan dapat menolong dan membantu orang lain yang memerlukannya, namun
kegagalan kita tidak akan dapat membantu sesiapa.
Peribahasa Cina menyatakan;
dengan wang seekor naga, tanpanya seekor cacing. Justeru itu, teruskan,
jelajahi dan hayati kemewahan yang luas dalam minda anda kemudian bebaskan ia
keluar. Pelbagai peluang yang berlebih-lebihan di dunia, ilmu pengetahuan yang
menggentarkan, bakat, kemahiran amali dan hubungan antara individu anda akan
bergerak ke hadapan seperti tren yang tidak mampu dihentikan dan memimpin
perlumbaan. Sentiasa ingat, fikirkan kemiskinan, maka miskinlah anda, fikirkan
kemewahan dan anda akan menjadi mewah.
a) Kita hanya menerima dunia yang kita cari ( Thoreau )
b) Apabila wang yang banyak datang, ia akan datang dengan secepat kilat
dalam jumlah yang besar sehingga anda akan hairan di mana ianya telah
bersembunyi pada masa kita ditimpa kesusahan ( Napoleon Hill )
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
No comments:
Post a Comment