Wahai saudaraku yang mengalami
penyakit berat seperti lumpuh! Pertamanya kau membawa berita gembira kepada
kamu bahawa lumpuh dianggap sebagai satu penyakit yang diberkati bagi seseorang
mukmin. Aku mendengar tentang perkara ini semenjak lama dahulu daripada para
wali yang soleh. Ketika itu, aku tidak mengetahui rahsianya. Sekarang,
terlintas pada fikiranku, salah satu daripada rahsianya :
Sesungguhnya para wali yang ingin
sampai kepada Allah swt bagi menyelamatkan diri mereka daripada bahaya maknawi
besar yang datang dari dunia dan bagi menjamin kebahagiaan abadi di akhirat,
maka mereka melalui dua asas:
Pertama: Ikatan kematian, iaitu
mereka berusaha bagi memperolehi kebahagiaan dalam kehidupan abadi dengan
sentiasa berfikir tentang kebinasaan dunia dan bahawa diri mereka hanya tetamu
yang digunakan bagi melaksanakan tugas-tugas yang berbentuk sementara sahaja.
Kedua: Mematikan jiwa yang ammarah
bi al-su’ (sentiasa menyuruh melakukan keburukan) dengan melakukan mujahadah
dan latihan kerohanian bagi menyelamatkan diri daripada kebinasaan jiwa dan
perasaan yang tidak melihat kesudahannya.
Wahai saudaraku yang kehilangan
separuh daripada kesihatan dirinya! Terdapat dua asas yang pendek dan mudah
telah diletakkan pada diri kamu tanpa kamu memilihnya. Kedua-dua asas tersebut
membentangkan jalan bagi kamu mencapai kebahagiaan abadi. Kedua-duanya juga
sentiasa mengingatkan kamu bahawa dunia dan manusia ini akan binasa.
Ketiga itu, dunia tidak lagi
dapat menyekat dan menghalang pernafasan kamu dan kealpaan juga tidak akan
berani lagi menutup mata kamu. Jiwa yang ammarah tidak akan berjaya
mempergunakan nafsu syahwat yang hina bagi menghasut seseorang yang hanya
berbentuk separuh manusia (kerana dia lumpuh).
Oleh itu, dia akan terselamat
daripada segala bala dan keburukan nafsu itu dengan segera. Melalui rahsia
keimanan, penyerahan diri dan tawakkal, seseorang mukmin memperolehi banyak
faedah daripada penyakitnya yang besar seperti lumpuh itu dalam tempoh waktu
yang paling singkat, seperti faedah yang diperolehi oleh golongan yang
melakukan mujahadah dari kalangan wali yang melakukan riadhah (latihan) di
tempat-tempat iktikaf mereka. Ketika itu, penyakit fizikal yang dialaminya itu
hanyalah merupakan perkara yang kecil dan kerdil.
Wallahu a’lam.
Badiuzzaman Said Nursi
Tips cemerlang untuk pesakit, 2009
No comments:
Post a Comment