Esei 22
Tiada takat tepu dalam mencari
ilmu, hasil buah-buahannya sangat manis, ia membolehkan kita mendahului orang
lain untuk bergerak sekeliling dunia, ia dapat memperkayakan kehidupan
kita.Alam semesta terbentang luas dan kita belajar pengalamannya sehingga
habis. Pemilihan buku juga amat penting.
Ia perlu disusuli dengan pemikiran, soalan-soalan, pengumpulan pengetahuan,
jika tidak ia aktiviti yang membazir.
Fiksyen tidak banyak memberi
banyak ilmu Fakta yang bagus perlu
diambil dan idea untuk penggunaan jangka panjang. Keseluruhannya, pengetahuan yang cukup akan
membolehkan peningkatan kesihatan, prestasi, sosial dan perhubungan keluargaan,
kehidupan dan dunia kita!
Sebaliknya kejahilan perlu di
elakkan. Menurut Plato, lebih baik tidak dilahirkan daripada tidak diajar,
kerana kejahilan adalah punca berlakunya nasib malang. Manakala Shakespeare menulis;
sumpahan biasa bagi manusia ialah kebodohan dan kejahilan. Latar belakang
pendidikan yang kuat dan kukuh amat
penting. Murid yang terbaik paling seronok di sekolah.
Pendidikan tidak semestinya
melahirkan graduan universiti kerana pembangunan diri adalah proses tiada
penghujung. Teknologi moden bergerak pantas meninggalkan kita di belakang. Kita
perlu terus kekal progresif dalam semangat ingin tahu.Membaca bukan
satu-satunya sumber pengetahuan, perhati, analisis dan mendengarlah. Setiap
orang yang ada berkerjasama dengan kita adalah guru dalam beberapa cara.
Mengikuti jejak pakar-pakar dan orang yang berjaya adalah juga cara berkesan
meningkatkan pengetahuan, tabiat yang produktif dan akhirnya berjaya. Untuk itu
milikilah pengetahuan yang luas ke arah kehidupan lebih sempurna dan memuaskan.
Sementara kemahiran yang khusus memberikan kita pendapatan yang lumayan.
Bilik yang terbesar di dunia
ialah satu ruang yang meluangkan peluang untuk membaiki prestasi dan
meningkatkan kejayaan, meneruskan pelajaran. Anda adalah seperti yang anda
tahu; dengan pendidikan yang pelbagai, pengetahuan yang khusus dan
kebijaksanaan, anda boleh melakukan apa sahaja.
a) Anda tidak perlu membakar buku untuk memusnahkan satu budaya. Hanya
dapatkan orang supaya mahu berhenti daripada membacanya. ( R.Bradbury)
b) Wang ringgit menjadi sesuatu yang berkuasa dalam masyarakat
industri. Tetapi di dalam industri maklumat, bahan pembakarnya, kuasanya adalah
kuasa pengetahuan dan ilmu. (J.K Galbraith)
Wallahu a’lam.
100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009
salam... a very good article to share,
ReplyDeletemacam mana nak menaikkan minat belajar ?
T.T ..