Hikmat 5
Dengan mudah sekali anda
mengenali musuh yang nyata. Mereka bukan sahabat anda, mereka adalah orang yang
memusuhi anda. Ia amat mudah dikenali dan dibanteras. Cara terbaik untuk
membanteras musuh ialah dengan menukar mereka menjadi sahabat. Permusuhan yang
berterusan akhirnya akan menyusahkan dan memusnahkan diri anda sendiri. Satu
tindakan yang amat mulia jika anda memulakan persahabatan dengan musuh anda.
Permusuhan selesai, dada anda lapang, persahabatan baru bermula, rezeki kian
terbuka, peluang-peluang baru terbuka. Itulah untungnya menukar musuh menjadi
sahabat.
Itu bagi musuh yang nyata dan
dikenali. Bagaimana pula dengan musuh yang tidak dikenali? Carilah di kalangan
sahabat. Waspadalah, di kalangan sahabat ada musuh. Waspadalah, kadang-kadang
sahabat yang paling baik itu musuh paling ketat. Sentiasa waspada kerana musuh
dalaman atau musuh dalam selimut sebenarnya adalah musuh paling bahaya, sangat
berbahaya, lebih dari musuh yang nyata.
Musuh yang dimaksudkan, tidak
semestinya ia musuh seperti musuh yang nyata. Ia mungkin memusuhi anda dengan
cara lain yang tidak disedari. Misalnya, anda hendak melakukan satu projek
besar yang telah dikenal pasti mampu untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang
lebih baik. Datang sahabat karib anda Tanya diminta akan membentangkan
sebab-sebab anda boleh gagal dalam projek tersebut. Itulah maksudnya. Sebagai
sahabat karib semestinya, sepatutnya menyokong, membantu anda menyenaraikan
sebab mengapa anda boleh Berjaya, bukan boleh gagal. Begitu sebahagian maksud
dari istilah musuh.
Bukan maksudnya anda tidak boleh
mempercayai sepenuhnya sahabat-sahabat anda. Kepercayaan adalah tunggak persahabatan.
Tetapi, salahkah kalau sentiasa berwaspada. Apa yang merugikan anda jika
sentiasa berwaspada? Bukan curiga tetapi berwaspada. Tidak ada ruginya
berwaspada terhadap sahabat karib sendiri.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment