Hikmat 19
Manusia hanya mampu memikul satu
tugas sahaja dalam satu-satu masa. Itu fitrah semulajadi dan kemampuan sebenar
manusia. Jangan menarik buluh songsang. Anda yang mendapat susah akhirnya. Seekor
kuda hanya mampu menanggung satu tempat duduk sahaja.
Itu jika anda diberi
tanggungjawab. Bagaimana pula jika anda memberi tanggungjawab? Jangan bebankan
orang dengan lebih dari satu pekerjaan dalam satu-satu masa. Pasti tidak akan
terbuat kerja-kerja tersebut, kerana melawan sunnah alam. Kemudian, lihatlah
sendiri bagaimana cemerlangnya seseorang itu jika anda hanya memberikan satu
tugas sahaja dalam satu-satu masa.
Jangan memikul atau melakukan
sesuatu melebihi kemampuan anda – ia tak akan terbuat sebaliknya akan hanya
mendatangkan kegagalan uang berpanjangan. Percayalah. Ukur baju di badan
sendiri, bukan di badan orang lain, melainkan anda tukang jahit.
Wallahu a’lam.
Idris Mohd Said
100 warisan hikmat,2006
No comments:
Post a Comment