4.3 Jangan hanya
mengikut, berusahalah memajukan diri
Saya buntu dengan pendekatan ibu dan ayah saya yang selaku menganggap cara
saya mendidik anak-anak tidak betul. Mereka adalah generasi yang mengikut
didikan tradisional orang tua-tua dahulu, sedangkan zaman telah berubah. Pada
saya, cara pendidikan dahulu perlukan beberapa perubahan.
Orang yang hanya suka mengikut orang lain, tetapi tidak berusaha memajukan
diri sendiri adalah orang yang tidak berjaya. Orang yang paling berjaya ialah
orang yang yakin dan berusaha mengikut satu sistem kehidupan pilihannya yang
dibuat, tanpa terikut-ikut dengan orang lain.
Orang yang suka menyaingi orang lain akan mudah stress, banyak penyakit dan
sebagainya, akan mendapat 5% daripada kekayaan. Tetapi orang yang dapat
mengawal diri, maka dia akan mendapat 95% daripada kekayaan. Orang seperti ini
akan merasa tenang, sihat dan bahagia kerana tidak terikat dengan orang lain
dan tidak berasa tertekan dengan kata-kata dan tanggapan negatif orang lain.
Dia akan sentiasa teguh dengan prinsipnya dan menjalankan kewajipan
sesempurna yang mungkin mengikut pandangan agama.
Kesimpulan : Sesetengah manusia susah untuk berubah,
kerana seseorang itu tidak memiliki kepercayaan bahawa dia boleh berubah. Sistem
genetik tidak dapat menentukan fizikal luaran kita, manakala sistem kepercayaan
kita akan menentukan biologi, kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan kita.
Bentuklah sistem kepercayaan dengan memasukkan benih-benih kebaikan yang
tepat. Jika seseorang takut dengan virus minda, iaitu alasan, keluhan, rungutan
dan sebagainya maka dia tidak akan bahagia dan tenang di dunia. Bagi menanam
benih-benih yang baik di dalam diri maka seseorang itu haruslah berfikiran
positif. Apa yang paling penting, ubah diri sendiri sebelum mengubah diri orang
lain.
Wallahu a’lam
Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012
No comments:
Post a Comment